Page 61 - MJHP MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
P. 61
MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
oleh semua ahli kumpulan. Evolusi prototaip Invisible Pill Container adalah
seperti Gambar 6.
Ciri-ciri fizikal prototaip terakhir Invisible Pill Container adalah
seperti dalam Gambar 2. Bahan diguna adalah aluminium yang ringan
supaya senang dibawa. Aluminium didapati selamat digunakan sebagai
bekas farmaseutikal kerana ia kalis air, kalis lembap, kalis udara dan tidak
menggalakkan pertumbuhan bakteria (The Future Protects of Aluminium,
2018). Bentuk Invisible Pill Container adalah serupa tiub yang kecil. Penutup
yang “twist-lock” menjadikan produk tersebut kalis air. Warna Invisible Pill
Container boleh dipilih berdasarkan kesukaan pesakit (Gambar 1). Kos
untuk satu unit Invisible Pill Container ialah RM 2.17. Pejabat Kesihatan
Cheras menaja kos projek ini.
Penyelidikan telah dijalankan terhadap Invisible Pill Container
setelah prototaip akhir disetujui oleh semua ahli. Soal selidik terhadap projek
ini telah dijawab oleh 30 orang pesakit RVD di Klinik Kesihatan Sungai
Besi sebelum dan selepas diberi Invisible Pill Container selama satu bulan.
Invisible Pill Container diberi dengan percuma. Pesakit diminta memasang
terus Invisible Pill Container pada barang peribadi yang mereka tidak akan
lupa membawa keluar rumah, seperti dompet, kunci kereta, telefon bimbit
dan barang peribadi lain-lain. Temubual pesakit RVD dijalankan di dalam
bilik yang senyap dan privasi pesakit dilindung. Data pesakit direkod tanpa
mendedahkan identiti. Subjek dipilih dengan cara persampelan konvenien.
Analisis deskriptif telah dijalankan.
Soalan soal selidik kajian ini merangkumi dua bahagian utama, iaitu
kepatuhan waktu ubat dan keselesaan membawa ubat. Pesakit diminta untuk
memberitahu kekerapan lewat mengambil ubat dan kekerapan tertinggal
ubat dalam satu bulan yang lepas. Pesakit juga diminta untuk menjawab
tahap kesetujuan bagi kesukaran untuk mencapai ubat ARV pada masa yang
tepat, cenderung tertinggal atau lewat mengambil ubat ketika berada di luar
rumah, dan tidak selesa untuk membawa ubat ARV di sisi badan.
3. DAPATAN / KEPUTUSAN KAJIAN
Sebelum Invisible Pill Container diguna oleh pesakit RVD, dapatan soal
selidik terdapat 40% pesakit RVD di bawah rawatan ARV di Klinik Kesihatan
Sungai Besi tidak mengambil ubat ARV pada masa yang ditetapkan (Carta
1) dan 3.3% pesakit pernah tertinggal dos ubat pada dalam satu bulan yang
lepas (Carta 3).
55