Page 60 - MJHP MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
P. 60

MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020



             barang peribadi (Gambar 7). Dengan ciri-ciri tersebut, kami percaya bahawa
             Invisible  Pill  Container  boleh  meningkatkan  kepatuhan  pesakit  kepada
             waktu pengambilan ubat. Bentuk seperti hiasan gantung rantai kunci dan
             telefon bimbit juga memberikan keyakinan dan keselesaan kepada pesakit
             RVD untuk membawa ubat ARV di sisi badan dan mengambil ubat sekiranya
             tiba waktu pengambilan ubat. Faktor ini boleh meningkatkan keberkesanan
             rawatan RVD.
                Tujuan projek Invisible Pill Container adalah adalah menambahbaikkan
             kepatuhan kepada waktu pengambilan ubat ARV dan meningkatkan kualiti
             hidup pesakit RVD. Manakala, objektif kajian kami ialah untuk mengetahui
             kesan Invisible Pill Container terhadap kepatuhan waktu ubat dan keselesaan
             membawa ubat di kalangan pesakit RVD Klinik Kesihatan Sungai Besi.


          2.  PELAKSANAAN PROJEK
             Projek inovasi tersebut dibangunkan ketika kursus  inovasi di Pejabat
             Kesihatan  Cheras pada  tahun 2018. Perbincangan  tentang prototaip
             dijalankan di dalam bilik mesyuarat Klinik Kesihatan Sungai Besi dan juga
             dalam kumpulan elektronik dari November 2018 hingga September 2019.
             Kumpulan elektronik projek Invisible Pill Container telah ditubuh pada 12
             November 2018.
                   Ubat-ubat ARV telah diukur agar ubat tersebut boleh dimasukkan ke
             dalam prototaip (Gambar 3). Pesakit RVD ditemubual untuk mendapatkan
             pendapat  mereka  tentang  prototaip  Invisible  Pill  Container. Setelah
             prototaip pertama dikeluarkan dalam tahun 2018 (Gambar 5), ahli kumpulan
             menambahbaikan prototaip tersebut dari segi saiz, bentuk dan kos. Bahan
             untuk  prototaip  pertama  adalah  plastik  seperti  polyethylene,  polystyrene,
             polypropylene and polyvinyl chloride, di mana bahan tersebut sesuai dan
             selamat untuk dijadikan bekas ubat (Plastic Containers for Pharmaceuticals
             Plastic Containers for Medicines and Cosmetics, 2020).
                   Namun, bahan plastik lembik dan tidak tahan lasak. Prototaip
             Invisible Pill Container kedua telah dicipta pada Januari 2019 tetapi saiznya
             terlalu besar dan tidak mencapai pelindungan privasi pesakit RVD. Oleh itu,
             prototaip Invisible Pill Container ketiga yang mempunyai saiz berpatutan
             dicipta  pada  April 2019. Namun, bentuk prototaip  ketiga  masih tidak
             dapat melindungi privasi pesakit RVD kerana ia berbentuk seperti Pill Box
             konvensional yang sering dijumpa di pasaran. Akhir sekali, prototaip yang
             bersaiz kecil dan bentuk yang merupakan hiasan gantung kunci telah disetujui


                                         54
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65