Page 64 - MJHP MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
P. 64

MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020



             bahawa Pill Box konvensional selalunya besar, berat, tidak dapat dimasukkan
             ke dalam dompet, tidak dapat dipasang pada rantai kunci dan rantai telefon
             bimbit, dan tidak memberi privasi kepada pesakit. Ini menyebabkan pesakit
             RVD rasa bimbang terhadap sosial stigma dan rasa tiada kemudahan untuk
             membawa Pill Box konvensional di sisi badan. Kami juga membuat postulat
             bahawa kelemahan Pill Box konvensional tersebut menyebabkan sesetengah
             pesakit RVD di Klinik Kesihatan Sungai Besi sukar mencapai ubat pada
             masa yang tepat  semasa menjalankan  aktiviti  harian,  cenderung untuk
             tertinggal atau terlewat dose ubat kerana tidak membawa ubat ketika di luar
             rumah dan tidak selesa membawa ubat di sisi badan disebabkan oleh stigma
             sosial. Di samping itu, kajian sebelumnya berpendapat sama dengan postulat
             kami. Kajian tersebut mengatakan bahawa Pill Box yang besar tidak sesuai
             sentiasa dibawa di sisi badan disebabkan oleh stigma sosial (Bachman et al.,
             2013; Clifton et al., 2013; Lisby et al., 2005)China, used Wisepill for one
             ART medication for one month. We monitored device use and adherence
             and explored acceptability of the device among patients. Mean adherence
             was 89.2% (SD 10.6%.
                   Kelemahan  Pill Box konvensional  menghalang  pesakit  daripada
             membawa  ubat  ARV di  sisi badan  dan  pesakit  sukar mematuhi  waktu
             pengambilan ubat dengan tepat. Pendapat ini disetujui oleh kajian Bachman
             et al. (2003) yang menyatakan bahawa pesakit RVD tidak suka membawa
             Pill Box yang besar di sisi badan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan
             semasa membawa Pill Box di depan orang awam. Dalam kajian tersebut
             pesakit  RVD juga  bimbang  bahawa  status  HIV terdedah  jika  mereka
             membawa Pill Box yang besar di sisi badan.
                   Setelah  menganalisa  masalah  di  atas,  kami  mendapati  bahawa
             populasi zaman ini sentiasa membawa dompet, telefon  bimbit dan kunci
             kereta ketika keluar rumah. Kajian Ichikawa et al. (2005) mendapati bahawa
             perempuan sering membawa telefon bimbit di dalam beg manakala lelaki
             sering membawa  telefon  bimbit di  dalam  poket.  Kami  juga  berpendapat
             bahawa  jika  mempunyai  Pill  Box  yang  kecil,  ringan  dan  boleh  dipasang
             ke telefon bimbit atau kunci, pesakit akan lebih mematuhi kepada jadual
             pengambilan ubat yang tepat tanpa menghadapi stigma sosial. Pendapat ini
             disokong oleh Bachman et al. (2003) yang mengatakan bahawa sesetengah
             pesakit RVD lebih suka Pill Box yang kecil dan tidak menjolok mata supaya
             status HIV mereka tidak mudah terdedah. Selain itu, salah satu punca pesakit
             RVD tidak mengambil ubat ARV pada masa yang tepat adalah kerana pesakit


                                         58
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69