Page 66 - MJHP MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
P. 66

MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020



             penambahbaikan dalam kepatuhan ubat dan penindasan mungkin berkaitan
             dengan pengurangan kos untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit RVD.


          5.  KESIMPULAN
             Dengan terciptanya Invisible Pill Container ini, kepatuhan kepada waktu
             pengambilan ubat ARV dan kualiti hidup pesakit RVD boleh ditingkatkan.
             Invisible  Pill  Container  juga  memberi  kesan  yang  positif  dari  segi
             menambahbaikkan kepatuhan ubat ARV dan keselesaan membawa ubat di
             sisi badan di kalangan pesakit RVD Klinik Kesihatan Sungai Besi.
                   Projek  Invisible  Pill  Container memberi  manfaat  dari  segi tiga
             tahap: individu, masyarakat dan kementerian. Manfaaat individu kerana ia
             meningkatkan kepatuhan ubat dan kualiti hidup pesakit RVD. Di samping
             mengelakkan  stigma  masyarakat  dan  mengurangkan  risiko  penularan
             penyakit RVD, kementerian kesihatan juga dapat menjimatkan kos perubatan
             akibat  komplikasi  RVD dan  mencapai  sasaran  90-90-90 yang  dijangka
             menamatkan pandemik RVD menjelang tahun 2030.
                   Memandangkan kos projek yang berpatutan, kami bercadang untuk
             mengedarkan Invisible Pill Container kepada pesakit RVD yang menerima
             rawatan ubat ARV supaya kepatuhan ubat dicapai tanpa menjejaskan kualiti
             hidup pesakit. Selain itu, Invisible Pill Container juga boleh direplikasi pada
             penyakit  yang  memerlukan  pengambilan  ubat  pada  masa  yang  tetap  dan
             tepat setiap hari, seperti Tuberculosis yang memerlukan tablet Akurit-2 dan
             Akurit-4, dan pesakit splenektomi yang memerlukan tablet Penicillin.
                   Ciri-ciri  fizikal  dan  fungsi  Invisible  Pill  Container  boleh
             ditambahbaikan  lagi.  Kajian  yang lebih  lanjut  boleh dijalankan di atas
             Invisible Pill Container atau konsep Invisible Pill Container dengan sample
             yang  lebih  luas seperti  merangkumi  bilangan  subjek  yang  lebih  ramai,
             pesakit-pesakit  dari fasiliti  atau institut  lain,  penyakit-penyakit infeksi
             lain dan jangka masa yang lebih panjang. Selain itu, penyelidik juga boleh
             mengaitkan  penggunaan  Invisible  Pill  Container  dengan  bacaan  teknikal
             untuk menilai  kepatuhan  ubat dan perkembangan  penyakit  RVD seperti
             kadar kepatuhan ubat, muatan virus dan kiraan CD4. Akhirnya, soal selidik
             yang telah  divalidasikan  juga boleh diguna untuk menilai  keberkesanan
             Invisible Pill Container dari segi kepuasan pesakit.







                                         60
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71