Page 59 - MJHP MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
P. 59
MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
(Mills et al., 2006). Faktor-faktor tersebut adalah stigma sosial, kebimbangan
bahawa status RVD terdedah, perlupaan, kurang pemahaman kepada manfaat
ubat, rejimen yang rumit dan berada di tempat yang jauh daripada tempat
letak ubat (Bukenya et al., 2019; Mills et al., 2006).
Pencarian kaedah yang lebih baik untuk membantu pesakit mengambil
ubat adalah bidang penyelidikan yang penting bagi pesakit RVD (Brink,
2018). Pill Box merupakan benda yang penting kepada pesakit RVD supaya
mereka ingat mengambil ubat ketika masa ubat tiba (Brink, 2018). Walau
bagaimanapun, kebanyakan Pill Box di pasaran mempunyai kelemahan. Pill
Box konvensional terlalu besar dan tidak sesuai untuk dibawa di sisi badan
(Clifton et al., 2013; Lisby et al., 2005). Kajian sebelumnya berpendapat
bahawa saiz dan kemudahalihan merupakan aspek yang penting semasa
mencipta Pill Box (Huang et al., 2014; Ray, 2014).
Klinik Kesihatan Sungai Besi merupakan klinik kesihatan bawah
Kementerian Kesihatan Malaysia yang mempunyai 65 orang pesakit RVD
yang mengambil ubat ARV. Pasukan RVD telah diwujudkan untuk memberi
perkhidmatan kepada pesakit-pesakit RVD yang mendapatkan rawatan di
klinik. Unit-unit yang terlibat dalam rawatan RVD adalah Unit Pegawai
Perubatan, Unit Kejururawatan, Unit Farmasi, Unit Penolong Pegawai
Perubatan dan Non-Profit Organisation (NGO) Malaysian AIDS Council.
Unit Pegawai Perubatan memainkan peranan untuk memberi rawatan
kepada pesakit RVD. Unit Kejururawatan membantu pegawai perubatan
dalam process rawatan RVD. Unit Farmasi mendispensekan ubat dan
memberi kaunseling ubat ARV kepada pesakit RVD. Unit Penolong Pegawai
Perubatan memberi khidmat nasihat kepada pesakit RVD. Manakala, NGO
Malaysian AIDS Council memberi sokongan dan informasi kepada pesakit
RVD supaya mereka boleh menjalani kehidupan secara normal.
Masalah ketidakpatuhan pengambilan ubat di kalangan pesakit
RVD di Klinik Kesihatan Sungai Besi merupakan masalah utama semasa
merawat penyakit RVD. Oleh sebab itu, wakil dari unit-unit di Klinik
Kesihatan Sungai Besi bekerjasama untuk menyelesai masalah tersebut
dengan piagam pelanggan untuk meningkat kualiti hidup pesakit RVD dan
menambahbaikkan kepatuhan kepada waktu pengambilan ubat ARV dan
mengurang kos perubatan pesakit RVD.
Invisible Pill Container merupakan projek inovasi berkategori
produk yang “Patient-centred”. Ia berbentuk kecil, ringan dan mudah
dibawakan ke mana-mana kerana ia senang dipasang pada rantai kunci
dan telefon bimbit sebagai hiasan gantung dan sebagai penyamaran warna
53