Page 58 - MJHP MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
P. 58

MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020



             key populations tested and know their results, 90% of those detected HIV
             (Human Immunodeficiency Virus) positive placed on antiretroviral (ARV)
             therapy, and 90% of these adhering to ART with suppressed viral load”
             (Ngadiman et al., 2015). Sasaran ini dijangka menamatkan pandemik Retro-
             viral Disease (RVD) menjelang tahun 2030 (Myhre & Sifris, n.d.). Namun,
             pencapaian Malaysia adalah hanya 86-55-97 pada tahun 2018 (Suleiman &
             Chai Phing Tze, 2014).
                   Pengurusan rintangan  ubat  ARV adalah  kritikal  bagi  mencapai
             sasaran 90-90-90 (World Health Organization, 2019). Rintangan terhadap
             ubat  ARV boleh  berlaku  sekiranya  pesakit  tidak  mengambil  ubat  pada
             waktu yang tepat dengan konsisten setiap hari (Hasim, 2015; Wahid, 2014;
             Roshaizad & Adnan, 2020). Dr. Monica Gandhi, pengarah perubatan klinik
             HIV di University of California San Francisco (UCSF), berpendapat bahawa
             ketidakpatuhan  kepada  waktu pengambilan  ubat  merupakan  kelemahan
             kepada kegagalan rawatan RVD  (Brink, 2018). Ketidakpatuhan  telah
             dikaitkan dengan jangkitan akibat rintangan ubat, kemerosotan penyakit, dan
             kematian (Bangsberg et al., 2001; García de Olalla et al., 2002; Hogg et al.,
             2002). Kajian mendapati bahawa ketidakpatuhan kepada ubat menyebabkan
             kesihatan  terjejas  secara  mendadak (Peterson et al., 2003).  Kegagalan
             mengambil ubat dengan betul telah membelanjakan kos sistem penjagaan
             kesihatan  sebanyak  $100  billion  hingga  $289  billion  setahun  di Amerika
             Syarikat (Peterson et al., 2003; Viswanathan et al., 2012).
                   Pesakit RVD digalakkan untuk mengambil ubat pada masa yang sama
             dan tepat setiap hari.  Mereka perlu mengambil ubat dalam jangka masa dua
             jam sahaja tanpa terlalu awal ataupun terlalu lewat (Pebody, 2019). Seperti
             dijelaskan di Gambar 4, jika pesakit RVD tidak mengambil ubat ARV pada
             waktu yang tepat setiap hari, risiko rintangan ubat akan meningkat  (Wahid,
             2014). Rintangan ubat menyebabkan ARV first line tidak berkesan terhadap
             penyakit RVD  dan kegagalan  rawatan. Dalam keadaan ini, ARV  second
             line yang berkos tinggi dan mempunyai kesan sampingan lebih teruk dan
             berlarutan terpaksa dipreskrib (Hasim, 2015). Selain daripada itu, kegagalan
             rawatan juga akan meningkatkan  risiko infeksi oportunistik yang akan
             menambah kos rawatan kementerian kesihatan dan menyebabkan kematian
             pesakit (Volny-anne, 2020).
                   Kepatuhan  kepada  waktu  ubat  ARV dengan  sepenuhnya  boleh
             mengurangkan  risiko rintangan ubat ARV (Friedland  & Williams,  1999).
             Namun, kajian  sistematik  terdapat  beberapa  faktor yang menghalang
             kepatuhan ubat secara konsisten dalam negara maju dan negara membangun

                                         52
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63