Page 62 - MJHP MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
P. 62

MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020



                   Semasa bertemu bual dengan pesakit  RVD di Klinik Kesihatan
             Sungai Besi, kami telah meringkaskan sebab-sebab ketidakpatuhan kepada
             tiga sebab utama, iaitu tidak dapat mencapai ubat pada masa yang tepat, lebih
             cenderung untuk tertinggal atau terlewat mengambil ubat ketika berada di
             luar rumah dan tidak selesa untuk membawa ubat di sisi badan. Data borang
             kaji selidik kami menyatakan  bahawa 26.6% pesakit RVD  menghadapi
             kesukaran  untuk mencapai  ubat  ARV pada  masa  yang tepat (Carta  5).
             Terdapat  36.7% pesakit  RVD mengaku  bahawa  mereka  lebih  cenderung
             untuk tertinggal atau terlewat mengambil ubat ARV ketika berada di luar
             rumah (Carta 7). Terdapat 50% pesakit rasa tidak selesa untuk membawa
             ubat ARV di sisi badan (Carta 9). Data di atas telah didapatkan sebelum
             Invisible Pill Container diperkenalkan.
                   Selepas mengguna  Invisible  Pill  Container selama  satu bulan,
             peratus pesakit yang tidak mematuhi waktu ubat ARV telah berkurang dari
             40% kepada 10% (Carta 2), manakala peratus pesakit yang tertinggal ubat
             ARV telah meurun dari 3.3% kepada sifar (Carta 4). Sementara itu, peratus
             pesakit yang sukar mencapai ubat ARV pada masa yang tepat berkurang dari
             26.7% kepada 3.3% (Carta 6). Selain itu, hanya 6.7% pesakit RVD yang
             mengguna  Invisible Pill  Container mengaku bahawa mereka cenderung
             tertinggal atau lewat mengambil ubat ARV ketika berada di luar (Carta 8),
             berbanding dengan 36.6% pesakit yang sebelum mengguna Invisible Pill
             Container. Peratus pesakit yang tidak selesa untuk membawa ubat ARV di
             sisi juga telah berkurang dari 50.0% kepada 16.7% (Carta 10).
                   Di samping itu, sebanyak 96.7% pesakit RVD berpendapat bahawa
             Invisible  Pill  Container membantu  mereka  untuk  mengambil  ubat  pada
             masa yang tepat setiap hari (Carta 11). 93.3% pesakit RVD rasa Invisible
             Pill Container memberi  kesenangan ketika mengambil  ubat (Carta 12).
             90.0% pesakit rasa selesa untuk membawa Invisible Pill Container di sisi
             badan mereka (Carta 13). Lebih penting lagi, terdapat 66.7% pesakit RVD
             rasa Invisible Pill Container sangat berguna dan 23.3% rasa berguna untuk
             membantu dari segi pengambil ubat pada masa yang tepat dengan selesa
             (Carta 14).


          4.  PERBINCANGAN
             Untuk mencapai  sasaran  90-90-90 yang  dijangka  menamatkan pandemik
             RVD menjelang tahun 2030 (Myhre & Sifris, n.d.), Kementerian Kesihatan
             Malaysia memastikan semua pesakit RVD menerima rawatan ARV (Suleiman



                                         56
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67