Page 65 - MJHP MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
P. 65
MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
enggan membawa Pill Box yang besar di sisi badan ketika keluar rumah.
Sesetengah pesakit mengambil ubat ARV hanya ketika berada di rumah.
Ini akan menyebabkan kelewatan pengambilan ubat ARV jika pesakit tidak
sempat pulang ke rumah sebelum waktu ubat tiba. Oleh yang demikian, Pill
Box yang senang dibawa di sisi badan pesakit dan yang melindungi status
RVD amat diperlukan di kalangan pesakit yang berkenaan. Bentuk Pill Box
konvensional perlu diperbaiki demi mencapai ciri-ciri tersebut.
Sejak mengguna Invisible Pill Container, peratus pesakit RVD di
Klinik Kesihatan Sungai Besi yang rasa sukar mencapai ubat pada masa yang
tepat, cenderung tertinggal atau terlewat dos ubat ketika di luar rumah dan
tidak selesa membawa ubat di sisi badan telah menurun secara mendadak
dalam masa satu bulan. Pesakit RVD rasa lebih mudah untuk membawa ubat
ARV di sisi badan mereka kerana Invisible Pill Container yang kecil boleh
digantung sebagai hiasan pada telefon bimbit, kunci dan barang peribadi lain-
lain. Selain itu, Invisible Pill Container yang tidak menjolok mata memberi
keyakinan dan keselesaan kepada pesakit RVD untuk membawa ubat keluar
rumah tanpa bimbang terhadap sosial stigma. Ini sekaligus mengurangkan
risiko pesakit tertinggal dan terlewat mengambil ubat. Dapatan ini disokong
oleh penyelidik di Amerika Syarikat dan Afrika Selatan yang mengatakan
bahawa Pill Box akan menjadi lebih baik jika saiznya kecil (Bionghi et al.,
2018; Hayes et al., 2006). Kajian di Cina juga setuju dengan kemudahan Pill
Box yang mempunyai saiz kecil dan berciri fizikal yang tidak menjolok mata
supaya pesakit RVD rasa selesa untuk membawa Pill Box tersebut keluar
rumah (Bachman et al., 2013). Selain itu, satu kajian mengenai pesakit
pemindahan buah pinggan berpendapat bahawa Pill Box yang kecil boleh
dibawa oleh pesakit dan membantu pesakit mengatur jadual ubat dan patuh
kepada masa ubat-ubatan (Zelikovsky et al., 2008).
Dengan meningkatkan kepatuhan kepada waktu ubat, kami menjangka
bahawa Invisible Pill Container boleh mengurangkan kos rawatan RVD dan
kos komplisi RVD secara tidak langsung. Jangkaan ini berdasarkan kepada
kajian sebelumnya yang mengatakan bahawa 4% peningkatan kepatuah ubat
ARV telah dikaitkan dengan penurunan muatan virus sebanyak 0.12 log10
copies per mililiter (Bangsberg et al., 2000) dan penurunan risiko AIDS
sebanyak 11% (Bangsberg, 2001). Di samping itu, Goldie et al. (2003)
mendapati bahawa peningkatan kadar penindasan virus RVD sebanyak
14.5% adalah sepadan dengan pengurangan kadar kegagalan rawatan RVD
sebanyak 20% setiap bulan. Petersen et al. (2007) berpendapat bahawa
59