Page 56 - MJHP MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
P. 56
MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
EFFECT OF INVISIBLE PILL CONTAINER ON MEDICATION
ADHERENCE AND CONVENIENCE AMONG RVD (RETROVIRAL
DISEASE) PATIENTS
Choon CJ , Wan Lis Hazimah WAH , Nor Laila MS , Idziana Faidza M ,
2
3
4
1*
Khonisyatu Nadia A 5
1 Jabatan Farmasi, Klinik Kesihatan Sungai Besi
2 Jabatan Perubatan, Klinik Kesihatan Sungai Besi
3 Jabatan Penolong Perubatan, Klinik Kesihatan Sungai Besi
4 Jabatan Jururawat, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Sungai Besi
5 Jabatan Jururawat, Klinik Kesihatan Sungai Besi
*Choon Ching Ju (Emel: choonchingju@gmail.com)
ABSTRAK
Ketidakpatuhan waktu pengambilan ubat merupakan punca utama kepada
kegagalan rawatan Retro-viral Disease (RVD). Ini menjejaskan sasaran 90-90-
90 kerana rintangan terhadap ARV (Anti-Retroviral) berlaku sekiranya pesakit
tidak mematuhi waktu ubat. Antara sebab kegagalan mematuhi adalah kesulitan
masa pada waktu bekerja, tertinggal ubat di rumah ketika berada di luar dan isu
privasi di khalayak ramai. Namun, Pill Box konvensional mempunyai kelemahan
yang menyebabkan pesakit RVD tidak membawa ubat keluar rumah. Invisible
Pill Container merupakan projek yang dijalankan oleh pasukan inovasi Klinik
Kesihatan Sungai Besi bertujuan untuk menambahbaikan kepatuhan waktu ubat
dan kualiti hidup pesakit RVD. Ia berbentuk kecil, ringan dan mudah dibawa
di sisi badan. Kos seunit adalah RM 2.17. Borang kaji selidik yang menilai
kepatuhan waktu dan keselesaan telah dijawab oleh pesakit RVD sebelum
dan selepas mengguna Invisible Pill Container. Peratus pesakit yang lewat
mengambil ubat ARV telah menurun dari 40% ke 10%. Manakala pesakit yang
tertinggal dos ubat telah menurun dari 3% ke sifar. Peratus pesakit RVD yang
rasa sukar mencapai ubat pada masa yang tepat, cenderung tertinggal atau lewat
mengambil ubat ketika berada di luar rumah, dan tidak selesa untuk membawa
ubat ARV di sisi badan telah menurun dari 26.7% ke 3.3%, 36.7% ke 6.7%,
50.0% ke 16.6% dalam masa satu bulan. Secara tidak langsung, Invisible Pill
Container membantu mengurangkan risiko morbiditi dan kematian disebabkan
oleh kegagalan rawatan RVD, mencapai penjimatan kos kegagalan rawatan dan
sasaran 90-90-90.
50