Page 63 - MJHP MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
P. 63
MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
& Chai Phing Tze, 2014). Kepatuhan kepada ubat ARV amat penting untuk
menurukan risiko kegagalan rawatan (Brink, 2018). Walau demikain, peratus
pesakit RVD yang mematuhi waktu ubat di Klinik Kesihatan Sungai Besi
tidak memuaskan kerana terdapat seramai 40% pesakit gagal mengambil
ubat pada masa yang tepat. Data ini boleh dibanding dengan meta-analisis
Amerika Syarikat yang menyatakan bahawa hanya 55% pesakit RVD yang
mencapai kepatuhan ubat dalam kalangan 17,573 orang pesakit. Peratus ini
juga tidak memuaskan bagi penyelidik yang menjalankan kajian meta-analisis
tersebut (Schaecher, 2013)poor adherence to treatment has the potential to
impact outcomes on multiple levels. Poor adherence to antiretroviral therapy
(ART.
Kajian kami juga mendapati bahawa 3.3% pesakit telah tertinggal
ubat dalam satu bulan yang lepas. Walau demikan, kami tetap mengendahkan
data ini kerana risiko penularan jangkitan RVD wujud sekiranya muatan
virus meningkat akibat ketidakpatuhhan kepada ubat ARV. Pesakit yang
sering tinggalkan dos ubat ARV mengalami risiko kegagalan rawatan yang
tinggi (Brink, 2018). Kegagalan virologi merupakan salah satu kategori
kegagalan rawatan yang ditakrifkan sebagai kegagalan untuk mencapai
muatan virus kurang daripada 1000 copies per mililiter dengan rawatan ARV
(Choy, 2017). Risiko penularan penyakit RVD meningkat dengan mendadak
dan stabil apabila muatan virus meningkat (Hollander, 2001). Di samping
ini, tiga kajian terkini, iaitu PARTNER, Opposites Attract dan PARTNER2,
melaporkan bahawa kadar penularan penyakit RVD antara pasangan
seks serodiscordant yang menjalankan aktiviti seks tanpa perlindungan
adalah rendah selagi pasangan yang HIV-positif mencapai penindasan
virus (Bavinton et al., 2018; Rodger et al., 2016, 2019)SETTING, AND
PARTICIPANTS The prospective, observational PARTNER (Partners of
People on ART-A New Evaluation of the Risks. Oleh yang demikian, kami
berpendapat bahawa kepatuhan kepada ubat ARV amat penting bukan sahaja
bagi kesihatan pesakit RVD sendiri, tetapi juga penting bagi mengurangkan
risiko penularan jangkitan kepada orang lain, serta mengurangkan kos
rawatan dan perubatan RVD yang ditanggung oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia.
Penggunaan Pill Box telah dicadangkan kepada pesakit yang
mengambi ubat ARV (Pebody, 2020). Pill Box Organiser didapati
meningkatkan kepatuhan kepada ubat sebanyak 4-5% dalam kalangan
populasi bandar miskin (Petersen et al., 2007). Namun, kami berpendapat
57