Page 60 - Demo
P. 60


                                    Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024PP-08Meningkatkan Pengeluaran Notis Kesalahan di Bawah Peraturan-Peraturan KawalanHasil Tembakau (PPKHT) 2004 di Daerah KemamanMohd Rosli AW, Mohd Nasir MS, Khairul Hisham H, Wan Mohamad Hairulnizam WMK, CheMuhammad Arif CM, Mohd Shawalrul Aidi Y, Nordiyah WMZ, Noor Hilman AKPejabat Kesihatan Daerah KemamanPEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:Penguatkuasaan PPKHT 2004 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahayamerokok dan kesan penyalahgunaan rokok yang boleh membawa masalah penyakit tidak berjangkit.Prestasi pengeluaran notis kesalahan PPKHT 2004 di daerah Kemaman menunjukkan tren penurunansetiap tahun dan tidak mencapai standard yang ditetapkan.PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:Indikator diukur ialah peratus pengeluaran notis kesalahan PPKHT 2004 yang perlu mencapai standard100% (840 notis) berdasarkan Spesifikasi Output, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:Kajian verifikasi retrospektif dijalankan bagi mengenalpasti magnitud peratus ketidakcapaian sasaranpengeluaran notis kesalahan yang ditetapkan bagi tempoh 2017-2021. Selain itu, telah dijalankan sesiFocus Group Discussion dan soal selidik melibatkan 28 orang responden daripada kalangan pegawaiberkuasa untuk mengenalpasti faktor penyumbang kepada masalah ini.ANALISIS DAN INTERPRETASI:Hasil kajian mendapati berlaku penurunan pengeluaran notis sebanyak 49% daripada tahun 2017-2021dengan rekod terendah tahun 2020 (40.4%) dan 2021 (39.5%). Antara faktor penyumbang yang dikenalpasti ialah pegawai berkuasa kurang terlatih (36%, n=10), beban tugas tinggi (61%, n= 17), isukeselamatan (82%, n=23) dan pengurusan operasi yang lemah (93%, n=26). Responden jugamengesyorkan cadangan keperluan peralihan kepada pengunaan sistem atas talian (96%, n=27) dankehadiran polis semasa operasi (89%, n=25).STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:Sistem atas talian bagi penyediaan kertas siasatan telah dibangunkan dan latihan penggunaannya kepadapegawai berkuasa juga dilaksanakan. Selain itu, pemetaan kawasan panas dan operasi penguatkuasaandijalankan bersama polis. Pencapaian individu dipantau dan penghargaan diberikan kepada anggotaberprestasi cemerlang.KESAN PENAMBAHBAIKAN:Pencapaian 2022 telah melebihi standard yang ditetapkan iaitu 975 notis (116%) dengan nilai kompaunRM224,050.00. Kesan penambahbaikan juga terus meningkat pada tahun 2023 iaitu 1033 notis dengannilai kompaun RM231,500.00LANGKAH SETERUSNYA:Projek ini telah dijadikan model oleh UIP JKNT dalam meningkat prestasi penguatkuasaan di seluruhTerengganu bermula 2023 dengan penjenamaan Electronic Enforcement Information System. Bagimemastikan kelestarian projek, kajian seterusnya telah dijalankan iaitu %u201cMeningkatkan Penyelesaian KesPPKHT 2004 di daerah Kemaman%u201d.59 | Page
                                
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64