Page 63 - Demo
P. 63


                                    Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024PP-11Meningkatkan Kepatuhan Toddler Mengikuti Janji Temu Sapuan Varnis Fluorida diKlinik Pergigian RembauFarhanah MS, Khairina CT, Farhan A, Deevisha R, Nabilah A, Daisy JKlinik Pergigian Rembau, Rembau, Negeri SembilanPemilihan Peluang Untuk Penambahbaikan:Kedatangan Toddler bagi janji temu sapuan varnis fluorida rendah menyebabkan pencapaian peratus kesselesai sapuan varnis fluorida di Klinik Pergigian Rembau tidak mencapai standard pada tahun 2019(21.88%). Peningkatan bilangan pesakit Toddler yang tidak patuh janji temu akan meningkatkan risikokejadian karies dan komplikasi karies dalam kalangan kanak-kanak enam tahun.Pengukuran Utama Penambahbaikan:Meningkatkan peratus bilangan Toddler yang patuh janji temu sapuan varnis fluorida (berisiko kariessederhana dan tinggi) di Klinik Pergigian Rembau kepada 50% (POA Pergigian Daerah Rembau, 2019).Proses Pengumpulan Maklumat:Kajian dijalankan secara keratan lintang menggunakan data retrospektif dari Januari 2019 - Disember2019 (pra-intervensi) manakala data prospektif dari Februari 2020 %u2013 Disember 2023 (pasca-intervensi).Sumber data diambil daripada kad rawatan LP8, reten FV3 dan borang soal selidik (melalui panggilantelefon).Analisis dan Interpretasi:Daripada soal selidik dengan ibu bapa melalui panggilan telefon pada Februari 2020 - Mac 2020 sebanyak46% pesakit tidak patuh janji temu sapuan fluorida disebabkan lupa janji temu, 20% pesakit telahberpindah ke negeri lain, 18% pesakit disebabkan masa menunggu lama, 6% pesakit disebabkan masalahlogistik dan 2% pesakit disebabkan ibu bapa tidak berminat.Strategi Penambahbaikan:Pelbagai strategi telah dilaksanakan dari tahun 2020-2023. Peringatan kepada ibu bapa sebelum tarikhjanji temu, slot janji temu khas, penggunaan FV Promotion Box, ganjaran untuk pesakit yang selesaisapuan fluorida serta Fluoride Varnish Reminder System diwujudkan untuk peringatan janji temu sapuanvarnis fluorida kepada operator sebagai proses pemantauan pematuhan janji temu.Kesan Penambahbaikan:Achievable Benefit Not Achieved (ABNA) telah berkurang kepada 7.63% (Kitaran I) dan kepada -10.6%(Kitaran II). Kitaran II telah menghapuskan ABNA dan standard telah tercapai.Langkah Seterusnya:Mewujudkan Toddler Book Cover bagi meningkatkan kefahaman ibu bapa tentang kepentingan sapuanvarnis fluorida dan kesihatan pergigian (Kitaran III). Perancangan untuk strategi penambahbaikan yangdilaksanakan diperluaskan ke seluruh klinik pergigian di Negeri Sembilan dan penerbitan artikel untukrujukan.62 | Page
                                
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67