Page 55 - Demo
P. 55
Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024PP-03Meningkatkan Peratus Tindakan Penguatkuasaan di Lokaliti Pembiakan Aedes diDaerah ManjungAhmad Syahrul Azuwan.MS, Eryda.L, Noorhisyam.H, Danny.R, Victer.JPejabat Kesihatan Daerah Manjung, PerakPEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:Kejadian kes demam denggi di Daerah Manjung meningkat sebanyak 27% pada tahun 2021, namunhanya 80 notis kesalahan dikeluarkan walaupun 203 lokaliti ditemui pembiakan. Berdasarkan analisasituasi, daripada 203 lokaliti ditemukan pembiakan Aedes, didapati sebanyak 39% lokaliti tersebut tidakdikeluarkan notis kesalahan mengikut kelayakan. Penguatkuasaan yang kurang berkesan ini menyumbangkepada peningkatan sebanyak 157 kes dan 12 wabak denggi. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkanperatus tindakan penguatkuasaan di lokaliti pembiakan Aedes.PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:Indikator yang digunakan ialah peratus lokaliti yang layak dan telah dikenakan notis kesalahan, dengansasaran 80%. Indikator dan sasaran tersebut dirujuk daripada Program Jaminan Kualiti (Pindaan 2002)Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan Malaysia.PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:Satu kajian penambahbaikan kualiti telah dijalankan melibatkan tempoh pra-intervensi (Januari 2022 %u2013Jun 2022), intervensi (Julai 2022 %u2013 September 2022) dan pasca-intervensi (Oktober 2022 %u2013 Mac 2023).Sampel kajian meliputi 40 orang anggota vektor PKD Manjung menggunakan kaedah temubual danpemeriksaan lapangan. Data kajian juga dikumpul melalui senarai semak, reten, dokumen dan laporanyang telah diaudit.ANALISIS DAN INTERPRETASI:Anggota didapati kurang pengetahuan, dengan 22% daripada anggota baru tidak terlatih dan 73% anggotamemerlukan kursus penguatkuasaan. Penghuni didapati enggan bekerjasama kerana ketidakfahamanterhadap keperluan pemeriksaan (18%), takut dikenakan notis (37%), dan kurang memahami penerangandaripada anggota (32%). Lokaliti pembiakan juga tidak diberi notis disebabkan kekurangan penyeliaanlapangan (20%), penghuni yang memusnahkan bukti (19%), dan kekurangan peralatan lapangan (16%).STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:Tindakan yang telah dijalankan meliputi orientasi dan kursus mengenai prosedur penguatkuasaanterhadap anggota vektor, peningkatan kualiti penyeliaan lapangan, prosedur untuk mengatasi halangandalam pelaksanaan tugas, dan pemakluman berterusan kepada komuniti setempat berkenaan aktivitipenguatkuasaan melalui hebahan dan penglibatan ketua penduduk.KESAN PENAMBAHBAIKAN:Pengeluaran notis kesalahan pasca intervensi meningkat ke 86% dengan penambahbaikan anggota yangtelah dilatih, penurunan penghuni enggan bekerjasama, dan peralatan lapangan yang lengkap.LANGKAH SETERUSNYA:Libat urus dengan agensi luar, meningkatkan peranan komuniti setempat dan memperkasa penggunaanakta-akta berkaitan penguatkuasaan akan diteruskan sebagai langkah tambahan.54 | Page