Page 64 - Demo
P. 64
Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024PP-12Meningkatkan Peratus Pendaftaran Preskripsi untuk Perkhidmatan Nilai TambahMelalui Aplikasi MyUBAT dalam kalangan Pesakit di Hospital Sultan Ismail PetraAmalina.R1, Siti Fasihah.R1, Siti Nuraisyah.H1, Rohasimah.A21Farmasi Pesakit Luar, Hospital Sultan Ismail Petra2 Farmasi Pengeluaran, Hospital Sultan Ismail PetraPEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untukmemudahkan urusan pendaftaran Perkhidmatan Nilai Tambah (Value Added Services, VAS). Aplikasi iniakan memudahkan pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari fasiliti KKM melalui perkhidmatanVAS yang ditawarkan oleh farmasi. Namun bilangan pendaftaran preskripsi untuk VAS melalui aplikasiMyUBAT di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) hanya 52 pendaftaran sepanjang Januari hingga Mei2022.PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:Standard yang digunakan adalah hasil daripada perbincangan bersama Ketua Jabatan Farmasi,berdasarkan Pelan Tindakan Farmasi 2022 Negeri Kelantan iaitu %u226515% pendaftaran preskripsi untuk VASmenggunakan aplikasi MyUBAT.PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:Kajian penambahbaikan kualiti telah dijalankan di Farmasi Pesakit Luar (FPL), HSIP menggunakankaedah persampelan universal. Fasa pra-intervensi dijalankan pada Januari - Mei 2022, intervensi padaJun - Julai 2022 dan pasca intervensi pada Ogos - Disember 2022. Borang kaji selidik telah diedarkankepada 50 orang pesakit dan 46 anggota farmasi seterusnya analisa data menggunakan Microsoft Excel2021.ANALISIS DAN INTERPRETASI:Kajian pra intervensi mendapati hanya 7% pendaftaran preskripsi untuk VAS menggunakan aplikasiMyUBAT sepanjang Januari hingga Mei 2022. Faktor penyumbang termasuk anggota farmasi kurangkesedaran (71.7%), pesakit kurang minat (62.5%), kurang aktiviti mempromosi MyUBAT (60.9%),pesakit kurang kesedaran (60.9%) dan kurang kefahaman dalam kalangan anggota farmasi mengenaiMyUBAT (41.3%).STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:Strategi yang dijalankan adalah mewujudkan kod QR %u2018MyUBAT E-HOW%u2019, pengagihan risalah, tayangantelevisyen serta info MyUBAT di ruang menunggu FPL, kaunter khas MyUBAT dan promosi olehpegawai farmasi di wad. Manakala sesi ceramah MyUBAT untuk staf turut dijalankan.KESAN PENAMBAHBAIKAN:Peratus pendaftaran preskripsi untuk VAS melalui MyUBAT meningkat daripada 7% kepada 35% denganABNA sebanyak -20% di akhir kajian.LANGKAH SETERUSNYA:Kod QR %u2019MyUBAT E-HOW%u2019 akan diperluaskan di lokasi awam seperti lobi utama hospital dan unit-unitlain di HSIP. Hebahan MyUBAT akan terus diperkasakan melalui media sosial bagi menyasarkan orangawam secara umum. Promosi MyUBAT akan dijalankan secara konsisten melalui pelbagai medium danstrategi ini berpotensi untuk disebarkan ke seluruh fasiliti KKM.63 | Page