Page 61 - Demo
P. 61
Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024PP-09Meningkatkan Peratus Amalan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif Bayi dalam EmpatBulan Pertama di Klinik Kesihatan Sultan Ismail, Johor Bahru, JohorM.Razif MJ, Azlina AR, Norhaida S, Shamimi MS, Norisnaini NKlinik Kesihatan Sultan Ismail, PKD Johor Bahru, JKN JohorPEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:Penyusuan Susu Ibu (PSI) merupakan gold standard pemakanan bagi perkembangan bayi seterusnyadapat mengurangkan morbiditi dan mortaliti bayi. Trend pencapaian PSI eksklusif empat bulan di KlinikKesihatan Sultan Ismail (KKSI) menunjukkan penurunan iaitu 70.0% (2018), 60.5% (2019), 55.6%(2020). Tujuan kajian ini untuk meningkatkan peratus PSI secara eksklusif dalam empat bulan pertama diKKSI yang menjadi indikator pelan tindakan Unit Pemakanan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru.PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:Indikator kajian ini ialah peratus PSI secara eksklusif dalam empat bulan pertama dengan sasaran %u226580%.PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:Kajian penambahbaikan kualiti dijalankan melibatkan dua kitaran bermula April 2020 sehinggaSeptember 2022. Kajian verifikasi dilakukan melalui audit reten. Kajian KAP terhadap 43 postnatal,kajian terhadap 37 anggota dan audit ke atas 40 buku rekod kesihatan ibu dan kanak-kanak serta rekodlatihan dilakukan bagi mengenal pasti faktor-faktor penyumbang. Intervensi dijalankan bermula Februarihingga Ogos 2021. Kajian semula faktor penyumbang dijalankan pada September 2021 dan September2022.ANALISIS DAN INTERPRETASI:Faktor-faktor penyumbang adalah anggota kurang mahir (100%), tempoh kaunseling singkat (100%),dokumentasi lemah (100%), lawatan posnatal tidak efisien (37.2%), kurang bahan pendidikan (30.2%),sistem rujukan kurang efisien (16.7%) dan kurang pemantauan (16.3%).STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:Penilaian risiko laktasi dilakukan menggunakan senarai semak dan tagging %u2018Risiko Laktasi%u2019, mewujudkanKlinik Laktasi %u2018BF4U%u2019, membentuk `Protokol Pengurusan PSI Untuk Anggota Kesihatan`, melaksanakanlatihan dalaman Kursus Laktasi 20 Jam, promosi PSI melalui media, kolaborasi bersama Ahli KumpulanSokongan Mamalicious, melantik ikon SuperDad, buku panduan PSI digital. Strategi ini juga telahdireplikasi ke semua klinik kesihatan Daerah Johor Bahru.KESAN PENAMBAHBAIKAN:Pemantauan menunjukkan 100% anggota dilatih, rujukan ibu meningkat kepada 48.3% (2021) dan 88.0%(2022), pemantauan PSI meningkat kepada 72.4% (2021) dan 80.0% (2022), serta penilaian keberkesananmeningkat daripada 27.8% (2020) kepada 65.5% (2021) dan 72.0% (2022). Peratus amalan PSI eksklusifempat bulan pertama telah meningkat daripada 55.6% kepada 75.6% (2021) dan 82.4% (2022).LANGKAH SETERUSNYA:Langkah seterusnya adalah untuk menjalankan Continuous Improvement serta replikasi ke semua klinikkesihatan di Johor dan negeri-negeri lain.60 | Page