Page 54 - Demo
P. 54
Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024PP-02Meningkatkan Peratusan Pendaftaran Klien ke Khidmat Berhenti Merokok diKlinik-Klinik Kesihatan Daerah Kuala TerengganuMohd Dahuri NM1, Yusof MH1, Zakaria MAA2, Abu Bakar MT3, Muhamad Razani MR3, Yahya MZ1,Mat Amin A41 Klinik Kesihatan Manir, Kuala Terengganu, Terengganu2 Klinik Kesihatan Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu3 Klinik Kesihatan Hiliran, Kuala Terengganu, Terengganu4 Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, TerengganuPEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:Berdasarkan laporan pencapaian Khidmat Berhenti Merokok (KBM) Pejabat Kesihatan Daerah KualaTerengganu (PKDKT) tahun 2021, pendaftaran klien KBM tidak mencapai sasaran iaitu 12.6%berbanding sasaran %u226520%. Hal ini membimbangkan berikutan tingginya risiko komplikasi yangdisebabkan oleh tabiat merokok seperti kardiovaskular dan kanser. Oleh itu, objektif kajian ini adalahuntuk meningkatkan peratusan pendaftaran klien KBM.PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:Indikator yang ingin diukur adalah peratus pendaftaran klien ke KBM di fasiliti kesihatan PKDKT.Standard adalah %u226520% berdasarkan Pelan Tindakan KBM JKNT tahun 2022.PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:Kajian verifikasi retrospektif pada tahun 2021 mendapati 94 (12.6%) klien mendaftar di KBM melaluibuku pendaftaran KBM. Kajian soal selidik dilakukan melibatkan 70 responden merokok dan 70 anggotakesihatan di tiga buah Klinik Kesihatan di PKDKT menggunakan kod QR sepanjang bulan Januari 2022(pra-pemulihan) dan November hingga Disember 2022 (pasca-pemulihan).ANALISIS DAN INTERPRETASI:Daripada 70 responden merokok, 54.3% tidak mengetahui kewujudan KBM di fasiliti kesihatan manakala78.6% merasa waktu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan KBM. Faktor penyumbang laintermasuk sebilangan anggota klinik tidak sedar tugas mempromosi KBM (55.7%), staf belum pernahmenghadiri kursus KBM (54.4%) dan staf tidak tahu kewujudan borang saringan 3A (ask, advise, action)15.7%.STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:Sisto Cigarillo Kit dicipta sebagai alat bantu kaunseling dan juga sebagai bahan pameran. Selain itu,tayangan video berkaitan bahaya rokok secara berkala dan pengedaran risalah KBM dipertingkatkan.Pengunaan QR code dan sistem fast lane digunakan untuk proses pendaftaran. Sesi bersama paramedik,farmasi dan doktor dibuat pada satu sesi yang sama bagi memudahkan proses rawatan kaunselingterhadap pesakit. Latihan dan CME secara komprehensif diberikan kepada semua anggota kesihatan.KESAN PENAMBAHBAIKAN:Selepas intervensi, peratus pengetahuan responden tentang KBM meningkat sebanyak 50%. Pandanganklien berkenaan waktu menunggu lama berkurang sebanyak 77.2%. Kesedaran dan pengetahuan anggotauntuk melakukan saringan meningkat sebanyak 31.4%. Implikasinya, pencapaian indikator meningkatkepada 17.5% pada 2022 (ABNA berkurang kepada 2.5%) dan seterusnya mencapai standard pada tahun2023.LANGKAH SETERUSNYA:Memperluaskan penggunaan kit Sisto Cigarillo ke daerah-daerah lain yang menjalankan program KBM.53 | Page