Page 52 - MJHP MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
P. 52
MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
Dapatan kajian adalah selari dengan kajian oleh Cline dan Haynes (2001),
Nielsen (2002), Hsu (2005), Ingrid (2007) dan Milewski dan Chen (2010).
Penilaian pesakit terhadap isi kandungan, reka bentuk dan ciri-ciri
Portal MyHEALTH adalah pada tahap baik. Dapatan kajian ini juga adalah
selari dengan kajian Fisher et al. (2009) dan Moon dan Fisher (2006).
7. KESIMPULAN
Hanya 76 (8.7%) pesakit yang telah melayari Portal MyHEALTH. Punca
utama tidak melayari portal kerana tidak tahu kewujudan portal (74.8%;
665). Dalam kalangan pesakit yang tahu tentang kewujudan Portal
MyHEALTH (24.1%; 211), sebanyak 63.9%(135) tidak melayari portal atas
alasan tidak tahu kegunaan portal MyHEALTH (52.3%), tiada keperluan
(25.8%), melayari portal kesihatan lain (21.1%) dan tidak ada kemudahan
internet (0.8%). Penilaian keseluruhan pesakit dari aspek isi kandungan,
reka bentuk dan ciri-ciri portal adalah pada tahap baik. Portal MyHEALTH
perlu dipromosikan khusus kepada anggota KKM, untuk menggunakan/
mengintegrasikan portal MyHEALTH dalam perkhidmatan mereka. Portal
juga perlu dipromosikan untuk masyarakat secara menyeluruh dan berterusan
bagi maklumat kesihatan am dan khusus. Kajian susulan perlu dilaksanakan
bagi tujuan penambahbaikan Portal MyHEALTH.
Penghargaan
Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengarah, Institut
Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan; Pengarah, Bahagian Pendidikan Kesihatan;
Pengarah Telekesihatan; Kumpulan Kerja Teknikal, Pasukan Pengumpulan
data di kawasan lapangan dan warga kerja Institusi Penyelidikan Tingkahlaku
Kesihatan yang telah menyumbangkan ke arah penyempurnaan kajian ini.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pengarah Kesihatan,
Malaysia kerana memberi keizinan untuk menerbitkan artikel ini.
Konflik Kepentingan
Tiada konflik kepentingan.
46