Page 51 - MJHP MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
P. 51

MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume  2, 2020

                   5.11 Penilaian Ciri-ciri Portal MyHEALTH
                   Penilaian terhadap ciri-ciri Portal oleh kebanyakan pesakit adalah di tahap baik melebihi
                   60.0% (Rajah 9).

                           MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020      43

                                Rajah 9: Penilaian Ciri-Ciri Portal Myhealth (N=76)
               5.12  Penilaian Skor Keseluruhan Portal MyHEALTH

                   5.12 Penilaian Skor Keseluruhan Portal MyHEALTH
                    Kajian  mendapati  penilaian  skor secara  keseluruhan  oleh pesakit
                    adalah cemerlang dengan skor isi kandungan (76.8%), ciri-ciri portal
                   Kajian mendapati penilaian skor secara keseluruhan oleh pesakit adalah cemerlang dengan skor
                    (65.2%) dan rekabentuk (55.9%) (Rajah 10).
                   isi kandungan (76.8%), ciri-ciri portal (65.2%) dan rekabentuk (55.9%) (Rajah 10).












                      Rajah 10: Penilaian skor keseluruhan Portal MyHEALTH (n=76)
                            Rajah 10: Penilaian skor keseluruhan Portal MyHEALTH (n=76)

            6.  PERBINCANGAN

                Kajian mendapati sumber utama pencarian maklumat kesihatan oleh pesakit
                adalah  televisyen. Hasil  penemuan  ini  selaras  dengan  penemuan  Kajian
                Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan ke-3 (2008) dan kajian yang telah
                dijalankan oleh Normawati et al. (2011). Kebanyakan pesakit memilih jenis
                perkhidmatan  berkaitan  dengan  artikel  kesihatan,  penyakit  dan  rawatan.
                Dapatan kajian ini adalah selari dengan kajian Fox et al. (2009) dan Finney
                et al. (2012) yang juga menunjukkan pemilihan jenis perkhidmatan yang
                sama.
                     Selain itu, tujuan pesakit melayari Portal MyHEALTH adalah
                untuk mencari maklumat berupa artikel berkaitan dengan kesihatan untuk
                diri sendiri dan keluarga di samping ia juga merupakan sumber yang
                boleh dipercayai (Ettel et al., 2012; Talarczyk et al., 2012; Gulliver et al.,
                2012). Tempoh masa yang digunakan oleh pesakit untuk melayari Portal
                MyHEALTH adalah antara 1 hingga 2 jam. Penemuan ini bersamaan dengan
                kajian yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia
                (SKMM, 2012).
                     Walau  bagaimanapun,  terdapat  halangan  dalam  kalangan  pesakit
                untuk mengakses Portal MyHEALTH, antaranya; tiada kemudahan internet,
                akses  portal  kesihatan  lain,  tiada  keperluan  dan  tidak  tahu  kegunaannya.


                                           45
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56