Page 189 - Demo
P. 189


                                    Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024QLL-92Disclo-LightNur Syazwani H1, Visharleni Anne E2, Aina Norhannani MS2, Muhammad Adib MM31 Klinik Pergigian Bota Kiri, Perak2 Klinik Pergigian Seri Iskandar, Perak3Klinik Pergigian Parit, PerakPENGENALAN:Nasihat penjagaan kesihatan mulut disasarkan pada pesakit yang mempunyai skor plak yang tinggisemasa pemeriksaan pergigian dengan bantuan model gigi dan juga ejen pengesan plak di dalam rumahplak. Maka, tercetuslah idea untuk menghasilkan satu alat bantu ajar alternatif kepada rumah plak yanglebih ringan dan kecil. Objektif produk adalah sebagai alat bantu mengajar dalam memberikan nasihatpergigian supaya pesakit boleh menilai sendiri keberkesanan teknik memberus gigi dan mengenal pastilokasi di mana plak sering melekat dan tidak dibersihkan dengan betul melalui teknik pemberusan gigisedia ada.METODOLOGI:Prototaip Disclo-Light 1.0 dan 2.0 telah dicipta dan dicuba pakai oleh perawat pergigian dari tiga buahklinik pergigian di dalam Daerah Perak Tengah semasa rawatan pesakit luar dan semasa lawatan pergigianke sekolah. Maklum balas daripada pengguna (pesakit dan pegawai pergigian) telah didapatkan bagimengenal pasti keberkesanan produk.HASIL KAJIAN:Perawat pergigian bersetuju Disclo-Light memudahkan mereka untuk menyampaikan nasihat pergigianyang lebih terperinci dan baik kepada pesakit. Pesakit juga memberikan maklum balas bahawa merekasemakin bermotivasi untuk meningkatkan kebersihan mulut setelah mereka dapat mengenal pastikeberkesanan teknik memberus gigi mereka sedia ada dalam membersihkan plak gigi. Kesemua penggunamemberikan maklumbalas yang positif mengenai keselamatan produk Disclo-Light.PERBINCANGAN:Disclo-Light 2.0 yang kecil dan ringan memudahkan untuk diguna pakai di atas kerusi rawatan dan sesuaiuntuk digunakan semasa lawatan pergigian ke sekolah kerana ia tidak memerlukan ruang yang luas ataupencahayaan yang spesifik. Disclo-Light juga memastikan pengguna dapat mendapatkan nasihat pergigiansecara bersemuka dengan perawat. Disclo-Light dapat mengurangkan masa yang diperlukan perawatdalam memberikan nasihat kesihatan pergigian. Disclo-Light juga dapat membantu pesakit menilai sendiriteknik pembersihan plak gigi sedia ada dan meningkatkan motivasi pesakit dalam meningkatkankebersihan mulut. Disclo-Light juga telah mendapat pengesahan keselamatan daripada pihak KolejVokasional Seri Iskandar dan akan terus dicuba pakai ke semua klinik pergigian di bawah Daerah PerakTengah serta juga dibawa semasa lawatan pergigian ke sekolah.188 | Page
                                
   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193