Page 192 - Demo
P. 192


                                    Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024QLL-98Mengurangkan Kesukaran Menjalankan Prosedur Rawatan Luka di Klinik KesihatanPasir Puteh, KelantanLukman Hakim A, Risydan M, Muhammad Irsyad TA, Nik Mohamad Ariff NH, Haslina O, WanNorashikin WGPejabat Kesihatan Daerah Pasir Puteh, KelantanPEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:Klinik Kesihatan Pasir Puteh menyediakan perkhidmatan rawatan luka. Masalah yang dikenal pasti ialahruang rawatan luka yang sempit di unit kecemasan, perkongsian katil dengan pesakit kecemasan dan katilyang tidak boleh dilaraskan ketinggiannya, menyebabkan kesukaran prosedur rawatan luka.PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:Faktor-faktor yang menyumbang kepada kesukaran prosedur rawatan luka iaitu ruang yang sempit,penggunaan katil yang tinggi dan masa menunggu yang lama.PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:Data dikumpul berdasarkan soal selidik kepada pesakit yang hadir untuk rawatan luka berpandukan limasoalan iaitu: adakah ruang kecemasan sempit, adakah pesakit perlu berpindah ke katil yang tinggi, adakahbantuan kakitangan lain diperlukan, adakah katil digunasama dengan pesakit kecemasan dan adakah masamenunggu melebih 90 minit. Data masa menunggu dikira bermula proses pendaftaran sehingga pesakitselesai rawatan luka.ANALISIS DAN INTERPRETASI:Daripada analisa soal selidik, 79% pesakit rawatan luka mengalami kesukaran iaitu masa menunggu yanglama (purata masa menunggu adalah 2 jam 30 minit) kerana berkongsi katil dengan pesakit kecemasandan kesukaran berpindah ke katil yang tinggi tidak boleh laras.STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:Merekacipta satu meja rawatan luka boleh laras bernama Drest%u2019N%u2019Go bagi menggantikan penggunaankatil.KESAN PENAMBAHBAIKAN:Hasil soal selidik mendapati hanya 8% responden mengalami kesukaran semasa prosedur rawatan luka,pengurangan sebanyak 71%. Purata masa menunggu menjadi satu jam kerana pesakit tidak lagi berkongsikatil dengan pesakit kecemasan. Kos mencipta sebuah Drest%u2019N%u2019Go adalah RM350 berbanding kos sebuahkatil boleh laras berharga RM6000.LANGKAH SETERUSNYA:Drest%u2019N%u2019Go telah direplikasi di dua buah klinik iaitu Klinik Kesihatan Pasir Puteh dan Klinik KesihatanCherang Ruku. Ia akan direplikasi lagi bagi kegunaan semua sembilan buah klinik kesihatan di bawahselian Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Puteh. Selain itu, kami akan berbincang dengan syarikat yangberkaitan bagi membangunkan Drest%u2019N%u2019Go agar dapat dipasarkan bagi membantu fasiliti-fasiliti kesihatanlain menambah baik perkhidmatan rawatan luka.191 | Page
                                
   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196