Page 5 - NIH Bulletin Vol. 24: July-Dec 2024
P. 5

NATIONAL INSTITUTES OF HEALTH | MINISTRY OF HEALTH




            Terdapat kebimbangan mengenai pendedahan rakyat Malaysia kepada tahap merkuri yang berlebihan akibat
            pengambilan  ikan  dan  makanan  laut  memandangkan  rakyat Malaysia  merupakan  pengambil  ikan  harian
            kedua tertinggi selepas negara Jepun di Asia dan tempat kelima di dunia. Di Malaysia, kajian tinjauan diet
            24 jam mendapati orang dewasa yang lebih berusia banyak mengambil ikan untuk diet mereka berbanding
            populasi muda. Manakala golongan remaja lebih gemar memilih udang atau sotong sebagai sumber protein
            mereka. Kaum Melayu mengambil ikan pada kadar yang lebih tinggi berbanding kaum lain manakala golongan
            lelaki didapati lebih memilih ikan sebagai makanan utama berbanding golongan perempuan.
            Kajian  terhadap  kandungan  merkuri dalam  ikan  dan  makanan  laut  di  Malaysia  mendapati ikan  demersal
            iaitu spesis ikan yang hidup di perairan dalam dan di dasar laut seperti ikan merah dan ikan pari mempunyai
            kandungan merkuri yang lebih tinggi berbanding spesis ikan yang lain. Untuk kekal dalam had keselamatan
            kepada  pendedahan  terhadap  merkuri, semua  kumpulan  populasi  dicadangkan  untuk  mengambil  kurang
            daripada 1 kg ikan demersal setiap minggu, manakala golongan remaja pula dinasihatkan untuk menghadkan
            pengambilan kepada kurang daripada 713 g/minggu. Namun, remaja boleh mengambil sehingga 2 kg/minggu
            pelbagai jenis ikan dan makanan laut yang lain.
            Tahap kandungan merkuri dalam ikan dan makanan laut dari Semenanjung Malaysia masih berada di dalam
            had selamat di mana risiko adalah minima bagi pengguna. Walau bagaimanapun, pengguna disarankan untuk
            berhati-hati dalam pengambilan makanan laut yang mempunyai tahap kandungan merkuri yang lebih tinggi,
            terutamanya  kanak-kanak  kecil dan  golongan  warga emas.  Pemantauan berkala  terhadap makanan  laut
            tertentu, terutamanya ikan demersal, adalah disyorkan untuk memastikan keselamatan pemakanan yang
            berterusan.




















































                        Peta lokasi persampelan ikan (Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan
                       pasar basah borong terpilih) dan lokasi untuk kegunaan dan tinjauan isi rumah makanan
                                               laut di seluruh Semenanjung Malaysia.
                                  (Pengagihan lokasi telah dipetakan menggunakan ArcGIS Desktop)

                                                                                           JULY-DEC 2024      5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10