Page 4 - NIH Bulletin Vol. 24: July-Dec 2024
P. 4

Ikan dan Makanan Laut:

                         Memahami Pola

                        Pemakanan dan

                Pendedahan Terhadap

                  Pencemaran Merkuri



                        Dr Nurul Izzah Ahmad & Wan Nurul Farah Wan Azmi
                              Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)


            Ikan  dan makanan  laut adalah  sumber protein yang baik  serta mengandungi  nutrien  seperti mineral,
            vitamin, asid  eikosapentaenoik (EPA) dan  asid  dokosaheksaenoik  (DHA)  yang penting untuk kesihatan.
            Walau bagaimanapun, ikan dan makanan laut juga merupakan salah satu punca utama manusia terdedah
            dengan pencemaran merkuri. Pendedahan merkuri kepada manusia boleh menyebabkan masalah neurologi,
            gangguan kognitif, dan kesan serius lain pada sistem imuniti dan reproduktif. Merkuri adalah logam berat
            yang wujud dalam bentuk cecair pada suhu bilik dan boleh ditemui dalam pelbagai bentuk, termasuk merkuri
            elemental, merkuri organik (metil merkuri) dan merkuri bukan organik. Merkuri organik terutamanya metil
            merkuri adalah bahan paling mudah ditemui dalam hidupan laut disebabkan akumulasi rantaian makanan.









































                         Akumulasi adalah proses organisma kecil dimakan oleh ikan kecil, kemudian ikan pemangsa
                     memakan ikan kecil yang tercemar akan menyebabkan peningkatan kepekatan toksin dalam badan
                                                             mereka.






                  4      JULY-DEC 2024
   1   2   3   4   5   6   7   8   9