Page 23 - MJHP MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
P. 23

MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020



                         Menurut kajian Zhong (2020), sebanyak 98.20% responden
                   bersetuju  cara  yang berkesan  untuk mengurangkan  penyebaran  virus
                   adalah  dengan  melakukan  isolasi  dan rawatan  terhadap  orang yang
                   dijangkiti  virus COVID-19.  Manakala  97.30% responden bersetuju
                   bahawa individu yang mempunyai kontak dengan pesakit COVID-19
                   harus segera dikuarantinkan.  Merawat pesakit pada peringkat  awal
                   dengan segera akan dapat mencegah kondisi mereka dari ringan kepada
                   teruk.  Mendapat  rawatan  awal  boleh  mengelakkan  mereka  daripada
                   dimasukkan ke unit rawatan rapi. Tindakan ini juga akan mengurangkan
                   bebanan terhadap sektor perubatan dalam memberi perkhidmatan
                   rawatan kepada pesakit. Merawat individu yang tidak bergejala atau
                   mempunyai  gejala  ringan  COVID-19 akan  memberi  manfaat  kepada
                   semua (Malley & Lipsitch, 2020). Sehubungan itu, penting bagi setiap
                   individu mendapatkan rawatan awal apabila bergejala COVID-19 supaya
                   tindakan  ini  dapat  menguntungkan  individu,  keluarga,  masyarakat
                   dan negara itu sendiri dari segi kesihatan, keselamatan, ekonomi dan
                   kesejahteraan kehidupan.
                         Sehubungan itu, pemakaian pelitup muka dapat mengurangkan
                   risiko jangkitan yang tinggi (Chu, 2020). Dapatan kajian Zhong et al.
                   (2020) menunjukkan sebanyak 73.90% responden menyatakan bahawa
                   orang  ramai  boleh  memakai  pelitup  muka  bagi  mengelakkan risiko
                   jangkitan COVID-19. Masyarakat yang memakai pelitup muka dapat
                   mengurangkan  risiko  jangkitan  kerana  pelitup  muka  dapat  menyekat
                   penyebaran titisan cecair pernafasan dalam kalangan komuniti (Leffler et
                   al., 2020) dan pemakaian pelitup muka juga berjaya dilaksanakan semasa
                   wabak lain seperti SARS dan MERS (Syed et al., 2020). Berdasarkan
                   situasi pandemik COVID-19 yang berlaku sekarang, Leffler et al. (2020)
                   menyatakan bahawa negara-negara yang menjadikan pemakaian pelitup
                   muka sebagai norma budaya atau menjadi dasar polisi pemerintah dapat
                   mengurangkan risiko kematian per kapita berbanding dengan negara-
                   negara yang tidak melaksanakan galakan pemakaian pelitup muka.


            5.  KESIMPULAN
                Krisis COVID-19 yang berlaku pada  masa kini  telah  menjadi  peringatan
                kepada masyarakat bahawa pentingnya untuk mengamalkan norma baharu
                iaitu  amalkan  3W (Wash, Wear dan Warn) dan  elakkan  3S (elak  tempat
                yang sesak, tempat yang sempit dan tertutup dan bersembang dekat-dekat)


                                           17
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28