Page 22 - MJHP MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
P. 22

MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020



                Whitworth, 2014). Bishai et al. (2011) juga menyatakan bahawa sentuhan
                secara langsung antara individu berpotensi menjadi penyebaran utama
                jangkitan kuman.

             iv.  Amal Etika Batuk dan Bersin yang Betul, Dapatkan Rawatan
                Segera Jika Bergejala dan Pakai Pelitup Muka
                Masyarakat  juga mempunyai  tahap  kesedaran yang tinggi  terhadap
                kepentingan  penjagaan  kesihatan  diri  bagi  mengekang  penularan
                jangkitan  COVID-19.  Tinjauan ini mendapati  sebanyak 98.41%
                responden bersetuju untuk mengamalkan etika batuk dan bersin yang
                betul, 97.65% responden bersetuju untuk dapatkan rawatan segera jika
                bergejala, dan 96.7% responden bersetuju memakai pelitup muka.
                      Jangkitan pernafasan biasanya disebarkan melalui  partikel-
                partikel  di udara  yang dilepaskan  oleh  individu  semasa  bercakap
                atau batuk (Centers for Disease Control and Prevention, 2015). CDC
                mencadangkan  amalan  etika  batuk yang betul  adalah  perlu untuk
                mencegah jangkitan pernafasan melalui udara (Siegel, 2007). Individu
                yang mengalami  gejala  pernafasan perlu mengamalkan  etika  batuk
                sebagai  langkah pencegahan  dan kawalan  dengan  cara  tutup mulut
                dan  hidung ketika  batuk  atau  bersin dengan  tisu atau  pelitup  muka.
                Kemudian, buang tisu atau pelitup muka yang telah digunakan dengan
                cara  yang betul dan  segera  cuci  tangan  (World  Health  Organization,
                2007). Kajian yang dilakukan oleh Dutta (2020) menunjukkan bahawa
                titisan air liur mungkin mengandungi lebih daripada 2 juta virus.
                Menurut Zhu (2006), kira-kira 3,000 titisan air liur dikeluarkan daripada
                badan setiap kali batuk. Manakala, setiap kali bersin, kira-kira 40,000
                titisan air liur dikeluarkan dan kuantiti ini mampu untuk mencemari
                ruang tertutup seperti bilik tidur, pejabat dan ruang tamu (Marr, 2019).
                Anda boleh hentikan penyebaran kuman ketika batuk atau bersin dengan
                cara; (i) pakai pelitup muka, (ii) palingkan muka daripada orang lain dan
                makanan apabila batuk atau bersin, (iii) tutup hidung dan mulut anda
                dengan tisu atau sapu tangan ketika batuk atau bersin serta buangkan
                tisu ke dalam bakul sampah, (iv) elakkan pergi ke tempat yang sesak, (v)
                jangan berkongsi sapu tangan atau tuala dengan orang lain, (vi) elakkan
                menyentuh muka, hidung atau mulut dan (vii) jika tiada pilihan lain,
                anda  boleh  menggunakan  lengan  baju  atau  skaf. Jangan bersentuhan
                dengan orang lain sehingga pakaian tersebut ditukar (Jabatan Kesihatan
                Negeri Pahang, 2019).

                                         16
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27