Page 21 - MJHP MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
P. 21

MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020



                   fizikal  1 meter, sebanyak  99.27% responden tidak  mengadakan
                   perhimpunan secara besar-besaran dan 98.92% keluar rumah jika
                   perlu  sahaja,98.23% responden tidak  bersalaman  atau  bersentuhan.
                   Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah
                   menasihatkan masyarakat menyusun semula ruang pejabat agar lebih
                   lapang  dan  selamat,  melakukan disinfesi  seperti  di  pantri  atau ruang
                   solat (surau), dan menghadkan bilangan orang untuk berada di ruang
                   tempat  tersebut  pada  satu-satu  masa  untuk  memastikan  jarak  sosial
                   yang selamat  (Diyana, 2020). Penyebaran  virus adalah  lebih  rendah
                   jika  mengamalkan penjarakan  fizikal  1 meter  dan lebih  berbanding
                   jarak kurang daripada satu meter (Chu et al., 2020). Manakala kajian
                   yang dijalankan oleh Qazi et al. (2020) menunjukkan penjarakan fizikal
                   mempunyai  hubungan  yang  signifikan  dengan  kesedaran  masyarakat
                   terhadap isu semasa. Kajian yang dijalankan oleh Muto et al. (2020)
                   pula menunjukkan lebih 80% responden mengamalkan langkah-langkah
                   penjarakan  fizikal iaitu  80.50% responden menjauhi  tempat  yang
                   sesak dengan orang ramai  berada  berdekatan  dan 86.80% responden
                   tidak pergi menghadiri perhimpunan besar-besaran serta kebanyakan
                   masyarakat Jepun menunjukkan beberapa perubahan tingkah laku bagi
                   mencegah jangkitan coronavirus.
                         Abubakar et al. (2012) pula berkata jangkitan pernafasan mudah
                   berlaku jika berkumpul secara beramai-ramai atau berada di tempat yang
                   sesak. Perhimpunan secara besar-besaran ditakrifkan sebagai himpunan
                   kumpulan manusia lebih daripada 1,000 orang di lokasi dengan tujuan
                   dan dalam jangka masa tertentu (Yezli & Alotaibi, 2016). Perhimpunan
                   secara besar-besaran boleh dirancang atau secara spontan dan berulang
                   atau sporadik. Perhimpunan secara besar-besaran yang dirancang adalah
                   seperti acara sukan, sosial, kebudayaan, keagamaan, dan politik (World
                   Health  Organization,  2008).  Perhimpunan  secara  besar-besaran  yang
                   tidak dirancang adalah seperti acara pengebumian. Perhimpunan besar-
                   besaran mungkin juga merangkumi pusat pemindahan penduduk akibat
                   bencana  alam,  konflik, dan peperangan  (World Health  Organization,
                   2015). Implikasi  utama  perhimpunan  secara besar-besaran adalah
                   terdedah kepada risiko keselamatan kesihatan seperti jangkitan penyakit
                   berjangkit serta wabak (Karami et al., 2019). Bersalam tangan adalah
                   budaya  sapaan  masyarakat,  namun,  budaya  ini  berpotensi  dalam
                   menyebarkan  jangkitan  secara langsung antara  individu  (Mela  &


                                           15
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26