Page 158 - Demo
P. 158
Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024QLL-54Meningkatkan Kedatangan Kanak-Kanak: Kisah Kejayaan dari Klinik KesihatanTo%u2019UbanNik Nazihah NA1, Noor Efney Z1, Sharifah J1, Aminah N1, Rohani N1, Munira M21Klinik Kesihatan To%u2019 Uban, Kelantan2Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas, KelantanPEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:Kadar kematian kanak-kanak bawah 5 tahun di daerah Pasir Mas dari tahun 2019 hingga 2021 melebihisasaran. Kedatangan yang tetap di fasiliti kesihatan adalah penting untuk memantau kesihatan danperkembangan kanak-kanak. Namun begitu, walaupun perkhidmatan yang komprehensif telah disediakandi Klinik Kesihatan (KK) To%u2019Uban, kedatangan kanak-kanak berusia 1-4 tahun masih di bawah sasaran60%.PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan peratusan kedatangan kanak-kanak berusia 1-4 tahun di KKTo%u2019Uban bagi mencapai sasaran 60%.PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:Projek ini dijalankan di KK To%u2019Uban, melibatkan 40 ibu bapa kanak-kanak yang berdaftar dan 29 pekerjakesihatan dari Mei 2022 hingga Februari 2023. Data dikumpul menggunakan buku rekod kedatangan dansoal selidik kendiri diedarkan kepada anggota kesihatan serta ibubapa. Analisa secara deskriptif telahdijalankan menggunakan Microsoft Excel 365.ANALISIS DAN INTERPRETASI:Verifikasi data menunjukkan kedatangan kanak-kanak berusia 1-4 tahun pada tahun 2021 adalah 23.7%.Antara faktor-faktor penyumbang termasuk kurangnya pemahaman tentang Konsep Doktor Keluarga(35%), liputan telefon yang buruk (7.5%), ketidakjelasan temujanji (5%), dan ketidakpatuhan ibu bapaterhadap temujanji yang telah diberikan (5%).STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:Bertumpu pada peningkatan pengetahuan ibubapa tentang Konsep Doktor Keluarga, intervensi termasuksesi pendidikan, lawatan rumah, dan program komuniti. Maklum balas ibu bapa juga direkodkan untukmemperkemaskini intervensi.KESAN PENAMBAHBAIKAN:Selepas intervensi, kedatangan melonjak melebihi sasaran kepada 63.0%. Kesedaran ibu bapa yang lebihbaik, peningkatan tahap kebolehcapaian dan kepercayaan terhadap kualiti penjagaan adalah penyumbangpenting kejayaan ini.LANGKAH SETERUSNYA:Kesimpulannya, projek ini berjaya meningkatkan kedatangan kanak-kanak melalui gabungan intervensidan mengurangkan jurang sebanyak 35.9%. Langkah-langkah penambahbaikan yang telah dilaksanakanini telah diimplementasikan di seluruh klinik kesihatan dalam daerah Pasir Mas.157 | Page