Page 9 - MJHP MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
P. 9

MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020



                terkecuali  dalam mengambil  tindakan  yang tegas dan segera tersebut.
                Malaysia adalah  salah sebuah negara yang dilaporkan  antara  negara
                yang terbaik  di dunia dalam  usaha memerangi  COVID-19. Kementerian
                Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman media sosial Facebook rasminya
                pada  14 Julai  2020,  melaporkan dengan  jumlah  kes  dunia  melebihi  12
                juta,  Amerika  Syarikat,  Brazil,  India  dan  Rusia  mempunyai  jumlah  kes
                antara  700,000 hingga 3 juta  kes. Peratusan bagi keempat-empat  negara
                ini adalah 52.14% daripada jumlah keseluruhan. Kadar kesembuhan dunia
                menunjukkan peningkatan iaitu 56.52% dan Malaysia berada di kedudukan
                ke-15  daripada  53  negara  yang  mempunyai  kadar  kesembuhan  melebihi
                90.00% (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2020).
                     Kes COVID-19 pertama di Malaysia dikesan pada 25 Januari 2020
                yang melibatkan tiga pelancong dari China (Reuters, 2020). Jumlah kes terus
                meningkat sebelum dua kes kematian pertama negara dicatatkan pada 17
                Mac (New Strait Times, 2020). Melihat kepada keseriusan penyakit ini dan
                perebakan yang cepat hingga menyebabkan kematian, Kerajaan Malaysia
                atas nasihat KKM  telah  menguatkuasakan  Perintah Kawalan Pergerakan
                (PKP)  yang dilaksanakan di bawah  Akta Pencegahan dan Pengawalan
                Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 mengikut beberapa fasa iaitu
                Fasa Pertama pada 18 hingga 31 Mac 2020, Fasa Kedua pada 1 hingga 14
                April 2020, Fasa Ketiga pada 15 hingga 28 April 2020 dan Fasa Keempat
                pada 29 April hingga 12 Mei 2020 sebagai usaha untuk menangani penularan
                jangkitan COVID-19 serta untuk menyedarkan rakyat Malaysia untuk segera
                bertindak  dan  mengambil  langkah-langkah  pencegahan  bersama  agensi-
                agensi Kerajaan yang berkaitan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’
                Dr. Nor Hisham Abdullah menyatakan matlamat utama dalam PKP adalah
                untuk mengurangkan kes COVID-19. Jika rakyat Malaysia patuh kepada
                perintah tersebut, maka kita akan dapat mengurangkan kes jangkitan dan
                pihak hospital akan dapat memberikan perkhidmatan terbaik untuk merawat
                pesakit COVID-19 (Astro AWANI, 2020).
                     Pada 13 Mei hingga  9 Jun 2020, Perintah  Kawalan Pergerakan
                Bersyarat (PKPB) pula telah diperkenalkan memandangkan penurunan kes
                yang terkawal.  Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato’ Dr. Noor Hisham
                Abdullah sekali lagi menjelaskan, biarpun kerajaan melaksanakan PKPB,
                rakyat  tetap  perlu patuh kepada  prosedur operasi standard (SOP) yang
                ditetapkan (Rafidah et al., 2020).



                                            3
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14