Page 10 - MJHP MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
P. 10

Seterusnya  Perintah  Kawalan  Pergerakan  Pemulihan  (PKPP)
             dijalankan  bermula  10 Jun  hingga 31 Ogos 2020 sebagai  usaha untuk
             membantu pemulihan ekonomi negara yang terjejas akibat penularan wabak
             COVID-19 di samping rakyat mengamalkan norma baharu dalam kehidupan
             seharian. Menurut YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin,
             Perdana Menteri Malaysia, dalam tempoh PKPP ini, kerajaan memberikan
             lebih banyak kelonggaran kepada rakyat dengan syarat rakyat sendiri
             mengambil  tanggungjawab secara serius untuk mengamalkan kebiasaan
             baharu kehidupan dan mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
             Ini bermakna, tanggungjawab untuk memastikan wabak COVID-19 kekal
             terkawal berada di tangan rakyat sendiri (Pejabat Perdana Menteri Malaysia,
             2020).
                   Menurut Maragakis (2020), selagi vaksin COVID-19 belum berjaya
             dihasilkan, selagi itulah kita akan berhadapan dengan risiko jangkitan. Kita
             perlu menyesuaikan diri dengan “norma baharu”, yang bermaksud cara hidup
             baru dalam menjalani kehidupan, pekerjaan dan berinteraksi dengan orang
             lain. Amalan norma baharu seperti jarak fizikal, mencuci tangan, memakai
             pelitup muka perlu diamalkan. Pandemik COVID-19 telah mengubah cara
             kita bekerja, berkomunikasi, dan bersosial secara drastik dan menyebabkan
             kita  berhadapan dengan  cabaran  untuk  membuat  perubahan  yang  ketara
             dalam beberapa hari dalam kehidupan harian (Li et al., 2020). Norma baharu
             harus dapat  mengubah  tingkah  laku  masyarakat  daripada  sifat  kebiasaan
             kepada norma baharu yang perlu diadaptasi. Mungkin sukar pada peringkat
             awalnya tetapi seperti kata bidalan, alah bisa tegal biasa.  Penyesuaian dalam
             mengadaptasi norma baharu ini bukan sahaja boleh membantu mencegah
             jangkitan  COVID-19 tetapi  juga penyakit  berjangkit  lain  yang tentunya
             boleh menjadikan rakyat lebih sihat, bersih, dan kuat (Saravanan, 2020).
                   Seperti  penyakit influenza  dan SARS-CoV-2, pencegahan  yang
             standard sahaja bagi penyakit COVID-19  tidak dapat menghalang
             penyebaran kuman. Oleh itu, langkah pencegahan tambahan perlu dilakukan
             seperti  menjaga  jarak  minimum  3 kaki  daripada  pesakit  (disarankan
             penggunaan satu bilik), memakai  pelitup muka (ketika berada dalam
             jarak 6-10 kaki untuk mengelakkan  risiko tinggi berlaku jangkitan), dan
             mengekalkan penjagaan kebersihan pernafasan atau etika batuk yang betul
             (Siegel et al., 2007; Lynch et al., 2020). Memandangkan risiko penularan
             yang sangat tinggi  dalam  komuniti  dan terutamanya  disebarkan  melalui
             titisan  pernafasan,  rekomendasi  kawalan  jangkitan  ini dapat  diperluaskan
             lagi dari setting hospital kepada setting orang awam dalam melaksanakan
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15