Page 14 - MJHP MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
P. 14

MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020



             responden di negeri Pahang. Tempoh tinjauan ini dijalankan bermula dari 28
             April 2020 sehingga 12 Mei 2020 sewaktu tempoh PKP. Soalan tinjauan ini
             dihebahkan melalui saluran media sosial menggunakan aplikasi WhatsApp.
             Terdapat  tiga  (3) bahagian  dalam  instrumen  tinjauan  iaitu  demografi
             responden, persepsi serta penerimaan terhadap norma baharu iaitu amalkan
             3W dan elak 3S. Demografi responden adalah umur, jantina, daerah (yang
             terdapat  di  negeri  Pahang),  pekerjaan  serta  bangsa.  Persepsi masyarakat
             dilihat menerusi pandangan, kesediaan, dan kepatuhan terhadap pelaksanaan
             norma baharu.  Manakala penerimaan  masyarakat dilihat  daripada aspek
             norma baharu iaitu amalkan 3W dan elak 3S.

             Jadual 1: Bahagian dalam Soalan Tinjauan
              Bahagian A: Demografi Responden            5 item
              Bahagian B: Persepsi                       3 item

              Bahagian C: Amalkan 3W                     12 item
              Bahagian D: Elakkan 3S                     5 item

          2.3  Kaedah
             Tinjauan ini menggunakan kaedah deskriptif dan dianalisis menggunakan
             perisian Excel 2013. Data dianalisis menggunakan bilangan kekerapan dan
             peratusan.

          3.  HASIL


          3.1  Bahagian A: Demografi Responden

             Jadual 2: Demografi Responden
              Perkara                      Bilangan (n) dan Peratus (%)
              Umur         8 – 19 tahun    22 (1.00)
                           20 – 29 tahun    307 (13.87)
                           30 – 39 tahun   844 (38.13)
                           40 – 49 tahun   650 (29.37)
                           50 – 59 tahun   353 (15.95)
              (n = 2,213)  60 tahun ke atas  37 (1.67)
              Jantina      Lelaki          791 (35.74)
                           Perempuan       1,422 (64.25)


                                         8
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19