Page 11 - MJHP MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
P. 11

MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020



                aktiviti harian bagi mengurangkan penyebaran COVID-19 setelah penarikan
                balik lockdown (Kang, 2020).
                     Justeru, masyarakat perlu mengubah tingkah laku mereka kepada
                norma baharu bagi membendung penularan jangkitan COVID-19. Norma
                baharu yang disarankan oleh kerajaan adalah elak 3S dan amal 3W. Elakkan
                3S iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded places), elakkan kawasan
                yang sempit (Confined spaces) dan elak sembang atau bersembang dengan
                jarak yang dekat (Close conversation). Manakala amalkan 3W iaitu kerap
                mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai pelitup muka (Wear),
                dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
                i.  Elak bersalaman / bersentuhan;
                ii.  Lakukan disinfeksi pada permukaan yang kerap disentuh;
                iii.  Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
                iv.  Amalkan etika batuk dan bersin yang betul;
                v.  Duduk di rumah dan elakkan aktiviti kunjung-mengunjung.
                     Kebersihan tangan adalah  langkah yang paling berkesan dalam
                pencegahan penularan mikroorganisma yang menyebabkan jangkitan dalam
                masyarakat serta di tempat kerja (Jumaa, 2005). Oleh itu, masyarakat perlu
                mengutamakan kebersihan diri termasuk kerap mencuci tangan dengan air
                dan sabun, menggunakan hand sanitizer, disinfeksi permukaan yang kerap
                disentuh, memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam (Feng et
                al., 2020) dan mengamalkan etika batuk yang betul (Wolff, 2020).  Semua
                pihak juga perlu mempraktikkan jarak fizikal untuk memastikan virus tidak
                menular dalam komuniti (World Health Organization, 2020).
                     Persepsi dan penerimaan terhadap norma baharu adalah penting untuk
                melihat kesediaan masyarakat dalam usaha memutuskan jaringan jangkitan
                COVID-19. Menurut Kamus Dewan (2007), persepsi adalah gambaran atau
                bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi
                pancaindera),  tanggapan. Manakala penerimaan  pula adalah perihal
                (perbuatan dan sebagainya) menerima. Masyarakat perlu diberi pengetahuan
                oleh pihak kesihatan tentang langkah-langkah pencegahan COVID-19 agar
                norma baharu ini menjadi kepercayaan masyarakat. Mesej yang disampaikan
                oleh pihak kesihatan perlulah cukup dan lengkap walaupun tiada siapa yang
                tahu ia dapat membentuk tingkah laku norma baharu masyarakat (Mishagina
                et al., 2020). Oleh itu, tinjauan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti
                persepsi masyarakat yang merangkumi kesediaan dan kepatuhan terhadap
                pelaksanaan norma baharu dan penerimaan masyarakat untuk amalkan 3W
                dan elak 3S.

                                            5
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16