Page 7 - MJHP MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
P. 7

MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020




              PERSEPSI DAN PENERIMAAN MASYARAKAT NEGERI PAHANG
                      TERHADAP NORMA BAHARU KESAN COVID-19

              Azizam Mohd Ali , Ismawati Ishak , Yantie Shahida Abdul Manan , Nur
                             1
                                                                      1
                                           1
                  Azurin Ramlee , Nor Ayuni Ab Rahman & Hawa Bee Ibrahim 1
                               1
                              1 Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
                     *Azizam binti Mohd Ali (Emel: alijaariah105@gmail.com)


                                        ABSTRAK

            Norma baharu dijadikan  sebagai budaya serta amalan masyarakat bagi
            memutuskan rantaian  jangkitan COVID-19. Sehubungan  itu,  tinjauan  ini
            dilakukan untuk mengenalpasti persepsi dan penerimaan masyarakat di negeri
            Pahang terhadap pelaksanaan norma baharu kesan daripada COVID-19.  Aspek
            penerimaan masyarakat yang dilihat adalah amalan norma baharu iaitu amal
            3W (Wash, Wear dan Warn) dan elak 3S (elak tempat yang sesak, tempat yang
            sempit dan tertutup dan bersembang dekat-dekat). Tinjauan ini menggunakan
            kaedah keratan rentas secara atas talian.  Kaedah Google Form digunakan
            bermula 28 April sehingga 12 Mei 2020 iaitu dalam tempoh Perintah Kawalan
            Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
            Tinjauan ini melibatkan sebanyak 2,213 responden di negeri Pahang. Terdapat
            tiga (3) bahagian dalam instrumen tinjauan tersebut iaitu demografi responden
            (5 item), persepsi (3 item) serta penerimaan dari aspek amalkan 3W (12
            item) dan elakkan 3S (5 item). Hasil tinjauan mendapati majoriti masyarakat
            bersetuju  untuk  menjalani  norma baharu dalam kehidupan  seharian mereka
            (95.34%) dan bersetuju  untuk  mematuhi norma baharu (99.63%). Majoriti
            masyarakat menunjukkan penerimaan yang tinggi untuk patuhi jarak fizikal 1
            meter (99.45%), 99.27% tidak mengadakan perhimpunan secara besar-besaran,
            99.23% elak berada di tempat yang sempit dan tertutup, 98.92% keluar rumah
            jika perlu sahaja, kerap basuh tangan dengan air dan sabun (98.60%), 98.41%
            bersetuju untuk mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul, 97.65% segera
            mendapatkan  rawatan jika  bergejala  dan  96.70% memakai pelitup  muka.
            Kesimpulannya, majoriti masyarakat di negeri Pahang mempunyai persepsi
            dan penerimaan yang positif terhadap norma baharu dalam usaha memutuskan
            rantaian jangkitan COVID-19 daripada terus merebak.
            Kata kunci: Penerimaan, Elak 3S, Rantaian jangkitan COVID-19, Norma
            Baharu, Persepsi, Amal 3W

                                            1
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12