Page 13 - MJHP MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
P. 13

MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020



            1.4  Penerimaan daripada aspek amalkan 3W
                Amalan 3W menjadi langkah utama dalam memutuskan rantaian COVID-19
                daripada merebak. Sehubungan itu, membudayakan norma baharu dengan
                mengamalkan  3W adalah  selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan
                Sedunia (WHO) dan KKM. Amal 3W yang disarankan meliputi:
                i.  Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.
                ii.  Guna hand sanitizer.
                iii.  Pakai pelitup muka.
                iv.  Patuhi jarak fizikal 1 meter.
                v.  Keluar rumah jika perlu sahaja.
                vi.  Amalan etika batuk dan bersin yang betul.
                vii. Tidak bersalaman dan bersentuhan.
                viii. Segera dapatkan rawatan jika bergejala.
                ix.  Temu janji secara atas talian.
                x.  Disinfeksi pada permukaan yang disentuh.
                xi.  Beli barang secara atas talian.
                xii. Melakukan imbasan suhu badan sebelum masuk premis.

            1.5  Penerimaan daripada aspek elakkan 3S
                Elakkan 3S menjadi langkah utama dalam memutuskan rantaian COVID-19
                daripada merebak iaitu:
                i.  Elak mengadakan perhimpunan secara besar-besaran.
                ii.  Elak berada di tempat yang sempit dan tertutup.
                iii.  Elak bersembang dekat-dekat.
                iv.  Elak melakukan aktiviti kunjung-mengunjung.
                vi.  Elak berada di tempat yang sesak.

            2.  METODOLOGI


            2.1  Kumpulan Sasaran
                Responden  di  negeri  Pahang  yang  menjawab  soalan  tinjauan  secara  atas
                talian (online) menggunakan Google Form.

            2.2  Reka Bentuk Tinjauan
                Tinjauan  ini menggunakan  kaedah  keratan  rentas secara  atas talian
                menggunakan Google Form bermula 28 April sehingga 12 Mei 2020 iaitu
                dalam  tempoh PKP dan PKPB.  Tinjauan  ini melibatkan  sebanyak 2,213


                                            7
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18