Page 40 - MJHP MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
P. 40
MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
PORTAL MyHEALTH: PENGGUNAAN DAN PERSEPSI DALAM
KALANGAN PESAKIT
Normawati Ahmad , Norrafizah Jaafar , Edawaty Ujang , Nazirah Gulam
2
1
1
Mohamed , & Muhammad Ridzwan Zakaria 4
3
1 Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
2 Hospital Selayang
3 Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, Pulau Pinang
4 Pejabat Kesihatan Putrajaya
*Normawati binti Ahmad (Emel: normawati@moh.gov.my)
ABSTRAK
Portal MyHEALTH adalah sumber untuk orang ramai mendapatkan maklumat
mengenai kesihatan diri dan keluarga mereka. Kajian ini bertujuan untuk
mendapatkan maklumbalas tahap kepenggunaan dan persepsi pesakit terhadap
Portal MyHEALTH. Kajian keratan rentas telah dijalankan di 23 buah hospital
di seluruh negara yang mempunyai Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan).
Sejumlah 876 pesakit berumur 18 hingga 60 tahun dari 3 buah wad (Perubatan,
Pembedahan dan Ortopedik) dipilih secara persampelan rawak sistematik..
Hasil kajian menunjukkan 211 pesakit (24.1%) sedar akan kewujudan Portal
MyHEALTH. Walau bagaimanapun, hanya 76 (8.7%) pesakit responden yang
melayari Portal MyHEALTH. Dalam kalangan 211 pesakit yang sedar akan
kewujudan Portal MyHEALTH, didapati punca utama tidak melayari portal
adalah tidak tahu kegunaan Portal MyHEALTH (52.3%), tiada keperluan
(25.8%), melayari portal kesihatan lain (21.1%) dan tidak ada kemudahan
internet (0.8%). Penilaian keseluruhan dari aspek isi kandungan, reka bentuk
dan ciri-ciri portal dalam kalangan pesakit yang melayari Portal MyHEALTH
menunjukkan pada tahap baik. Kempen kesedaran Portal MyHEALTH perlu
segera dilaksanakan mengikut kumpulan sasar (remaja, dewasa & warga emas)
di pelbagai lokasi. Maklumat yang dipaparkan perlu memenuhi keperluan
kumpulan sasaran dan kajian penilaian perlu dilakukan semula selepas kempen
kesedaran ini dilaksanakan.
Kata kunci: Penggunaan, Persepsi, Pesakit, Portal MyHEALTH
34