Page 43 - MJHP MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
P. 43
MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION Volume 2, 2020
(70%) kajian penyelidikan mengenai kualiti maklumat kesihatan di Internet
menyatakan bahawa kualiti adalah satu masalah.
Di Malaysia, Bahagian Telekesihatan dengan kerjasama Multimedia
Development Corporation (MDEC), telah membangunkan Portal
MyHEALTH. Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) telah diberi tanggungjawab untuk pelaksanaan dan
pengoperasian sepenuhnya. Portal MyHEALTH merupakan sumber bagi
orang ramai untuk mendapatkan maklumat tentang kesihatan diri dan
keluarga mereka. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas
tahap kepenggunaan dan persepsi pesakit terhadap Portal MyHEALTH.
Portal MyHEALTH mula beroperasi pada tahun 2006 dan sebanyak 13
perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:-
• Maklumat Pendidikan Kesihatan
• Direktori Perkhidmatan Kesihatan
• Perkhidmatan Tanya Pakar
• Amaran Kesihatan
• Aktiviti Kesihatan
• Berita /Artikel Kesihatan
• Perkhidmatan Penilaian Risiko Kesihatan
• Perkhidmatan Undian Dalam Talian
• Perkhidmatan MyHEALTH Mobile
• Kuiz Kesihatan
• Soalan Lazim Kesihatan
• Media Sosial MyHEALTH
• Mobile Apps
4. METODOLOGI
Kajian keratan rentas telah dijalankan di 23 buah hospital di seluruh
negara yang mempunyai Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan).
Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) di hospital-hospital tersebut
adalah penyelidik bersama dalam menjalankan kajian ini. Saiz sampel
dikira berdasarkan formula kajian prevalens dengan anggaran penggunaan
Portal MyHEALTH sebanyak 50%; dan ketepatan (precision) sebanyak
5% dengan mengambil kira kadar tidak respon sebanyak 20% dan design
effect sebanyak 2, maka saiz sampel adalah 920 responden. Sampel bagi
setiap hospital adalah 45 orang responden. Kriteria pemilihan pesakit kajian
adalah mereka yang pernah melayari internet dan berumur 18 hingga 60
37