Page 49 - Demo
P. 49
Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024OP-23Meningkatkan Peratusan Kehadiran Pesakit Skizofrenia ke Program RehabilitasiPsikososial (PSR) Hospital KemamanZaliha AR, Usaid F, Izuan Naim I, Anita Y, Nur Afiqah A.Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental, Hospital Kemaman, TerengganuPEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:Skizofrenia merupakan antara penyakit mental yang semakin meningkat di Hospital Kemaman. JabatanPsikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Kemaman bertanggungjawab memberi rawatan multimodalkepada pesakit, termasuk ubatan serta merujuk mereka ke program Program Rehabilitasi Psikososial(PSR) bagi mengurangkan gejala penyakit berulang. Kajian verifikasi retrospektif dengan menyemak 50rekod perubatan pesakit menunjukkan peratus pesakit yang dirujuk ke program PSR dari tahun 2021-2022adalah sebanyak 56%. Daripada jumlah itu, hanya 29% hadir ke program PSR. Tujuan kajian ini adalahuntuk meningkatkan peratusan kehadiran pesakit skizofrenia ke program PSR.PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:Indikator yang digunakan adalah peratus kehadiran pesakit skizofrenia ke program PSR. Sasaran %u226580%digunakan berdasarkan tetapan Ketua Perkhidmatan Psikiatri Negeri.PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:Pengumpulan data bagi indikator tersebut menggunakan rekod perubatan pesakit skizofrenia. Kajian KAPsecara hirisan lintang dilakukan kepada 30 pesakit dan 50 anggota untuk mengenalpasti faktorpenyumbang. Tempoh kajian selama setahun mulai 1 Jun 2022 - 1 Jun 2023.ANALISIS DAN INTERPRETASI:Punca utama kadar kehadiran rendah ke program PSR daripada aspek pesakit adalah permasalahanpengangkutan (44%), kurang berminat (24%) dan mahu hadir temujanji PSR pada tarikh yang samadengan temujanji klinik (13%). Daripada aspek anggota, didapati bilangan rujukan ke program PSR jugarendah (56%).STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:Strategi penambahbaikan melibatkan semua anggota jabatan, termasuk memberi pendidikan kepentinganPSR kepada anggota, keluarga, dan pesakit serta mengadakan CME peringkat hospital. Kit pendidikanPSR diwujudkan bagi memudahkan pesakit memahami aktiviti PSR. Selain itu, cop senarai semak didalam rekod perubatan pesakit skizofrenia bagi pegawai perubatan telah dibuat untuk meningkatkanbilangan rujukan. Penambahbaikan sistem temujanji juga dilakukan dengan mewujudkan buku rekoddefaulter tracing.KESAN PENAMBAHBAIKAN:Kehadiran ke program PSR telah meningkat daripada 29% kepada 60% berbanding sebelum langkahpenambahbaikan dilakukan dan jurang ABNA dapat dikurangkan daripada 51% kepada 20%.LANGKAH SETERUSNYA:Intervensi ini akan direplikasikan di hospital lain seperti Hospital Dungun. Kerjasama antara jabatan iniakan dibuat bersama persatuan setempat bagi membantu meningkatkan kehadiran pesakit ke PSR danmempelbagaikan aktiviti bagi program PSR.48 | Page