Page 224 - Demo
P. 224
Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024QLL-133Meningkatkan Peratus Pematuhan Toddler yang Memerlukan Sapuan Fluorida di KlinikPergigian Kuala KangsarHusna Munirah R, Amirah Syahirah AKlinik Pergigian Kuala Kangsar, PerakPEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:Prevalens karies dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun di daerah Kuala Kangsarmenunjukkan trend peningkatan sebanyak 8.36% dari tahun 2017 hingga 2021. Masalah karies gigi dalamkalangan kanak-kanak boleh menjejaskan kualiti hidup kanak-kanak dan pertumbuhan gigi kekal.Berdasarkan kriteria SMART, rawatan pencegahan varnis fluorida yang dijalankan sebanyak empat kalidalam tempoh dua tahun memberi kesan yang paling optima berdasarkan AASTD 2007.PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:Melalui kajian ini, penambahbaikan diukur berdasarkan peratus bilangan toddler selesai empat kalisapuan fluorida (standard konsensus > 30%).PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:Kajian ini melibatkan toddler yang memerlukan sapuan fluorida dari Oktober 2021-Julai 2022 di KlinikPergigian Kuala Kangsar. Data diambil melalui reten F.V2, F.V3, borang kaji selidik dan kad rawatanpesakit (LP8).ANALISIS DAN INTERPRETASI:Faktor penyumbang adalah tindaksusul tidak sistematik, penyampaian pendidikan kesihatan pergigiankurang berkesan, ibu bapa kurang pengetahuan kepentingan sapuan varnis fluorida, sibuk bekerja danterlupa tarikh temujanji. Hasil borang kaji selidik, 50% ibu bapa menjawab dua kali sapuan fluorida sudahmencukupi dan 60% ibu bapa berfikir sapuan fluorida berfungsi untuk membersihkan gigi.STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:Melalui intervensi pemberian kad temujanji khas, poster faedah varnis fluorida, peringatan temujanjimelalui panggilan telefon, latihan penggunaan garis panduan baru dan inovasi database Google sheetuntuk mengatasi masalah ini.KESAN PENAMBAHBAIKAN:Kajian berjaya meningkatkan peratus kes selesai sapuan varnis fluorida dari 14% kepada 19% danterdapat penurunan prevalens karies sebanyak 4.01 % dari tahun 2021 hingga 2023. Walaubagaimanapun,faktor-faktor lain juga menyumbang kepada penurunan prevalens karies ini.LANGKAH SETERUSNYA:Pendidikan pergigian dan promosi yang berkesan kepada ibu bapa, latihan berkala kepada operatorsupaya pematuhan program sapuan fluorida sebanyak empat kali dapat ditingkatkan. Projek ini akanditeruskan dengan kitaran yang kedua di seluruh klinik di daerah Kuala Kangsar bagi tahun 2024.223 | Page