Page 222 - Demo
P. 222


                                    Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024QLL-130Mengurangkan Peratus Kekerapan Inden Luar Jangka bagi Ubat Kaunter ke SubstorFarmasi Klinik Kesihatan Permatang BadakNur Salasiah MS1, Lim WY1, Nursyahida E2, Nurul Ariffah K31Klinik Kesihatan Jaya Gading, Pahang2Klinik Kesihatan Paya Besar, Pahang3Klinik Kesihatan Sungai Lembing, PahangPEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:Kekerapan inden stok kaunter ke substor yang tinggi menyebabkan pembaziran masa menginden,kawalan dan pengurusan stok tidak dapat dijalankan dengan sistematik. Peratus kekerapan inden luarjangka bagi ubat kaunter adalah sebanyak 212% pada tahun 2020, 143% pada 2021, dan 229% pada2022. Objektif kajian ialah untuk mengurangkan peratus kekerapan inden luar jangka bagi ubat kaunter.PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:Indikator bagi kajian ini adalah peratus inden luar jangka ubat kaunter. Penetapan standard adalah 0%.Inden yang dijangka adalah empat kali sebulan.PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:Kajian pengurusan stok kaunter dijalankan melalui borang kajiselidik untuk mengenalpasti faktorpenyebab kekerapan inden kaunter di substor unit farmasi. Kajian penambahan kualiti borang inden KEWPS-7 sebagai sampel kajian. Kriteria yang diukur adalah semua jenis inden ubat APPL/LP/kontrak,pengecualian terhadap inden item bermusim, item masalah stok daripada pembekal dan ubat dibekalkandari fasiliti luar.ANALISIS DAN INTERPRETASI:Hasil dapatan kajian verifikasi menunjukkan kekerapan inden sebanyak 12 kali (200%) pada Februari2023. Faktor-faktor penyumbang termasuk RIL tidak dilaksanakan di fasiliti (33%), pengurusan stokyang tidak sistematik (20%), tiada ruang khusus untuk stok ubat kaunter (16%), jadual inden kaunter tidakdigunakan sepenuhnya (13%), trend ubat bermusim (10%) dan stok ubat diterima secara runcit daripembekal (6%).STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:Penambahbaikan proses kerja dengan mengaktifkan Recomended Inden List (RIL) di fasiliti,mengemaskini senarai ubat dalam katalog unit Phis dan menggunakan stiker berlabel %u201cstok kaunter%u201duntuk item gunasama ruang iaitu stok kaunter dan stok stor. Dalam fasa pemulihan kitaran kedua, bekassimpan stok ubat sementara dan jadual inden bulanan diwujudkan.KESAN PENAMBAHBAIKAN:Pencapaian kekerapan inden luar jangka dapat dikurangkan setelah kitaran 1 pada bulan Mac 2023sebanyak tujuh kali dan setelah kitaran 2 pada April 2023 sebanyak empat kali. ABNA dikurangkandaripada 75% kepada 0%. Pencapaian ABNA pada Mei dan Jun 2023 juga kekal 0%. Masa mengindendapat dikurangkan daripada 28 minit kepada 19 minit.LANGKAH SETERUSNYA:Projek peningkatan kualiti ini boleh dijadikan panduan kepada fasiliti lain supaya pengurusan bekalanstok lebih terkawal dan sistematik.221 | Page
                                
   216   217   218   219   220   221   222   223   224   225   226