Page 217 - Demo
P. 217
Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024QLL-124Wisdom Tooth Removal FlipchartNajwa MK2, Nurul Husna M1, Nor Aina MS2, Syifa%u2019 HA1, Khairunnisa NR11 Klinik Pergigian Kampung Gajah, Perak2 Klinik Pergigian Parit, PerakPEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:Temujanji akan diberikan bagi cabutan surgikal gigi geraham bongsu, rawatan akar, pembuatan gigi palsuserta rawatan kompleks yang lain. Permasalahan telah dikenal pasti di mana masa rawatan untuk pesakitluar meningkat semasa memberi penerangan mengenai cabutan surgikal gigi geraham bongsu. Hal inikerana, perawat perlu menerangkan prosedur sambil menunjukkan contoh prosedur yang ada di lamansesawang supaya pesakit lebih memahami rawatan yang bakal dijalani. Oleh itu, tercetusnya ilham untukmewujudkan satu panduan bagi mengurangkan masa untuk memberi penerangan kepada pesakitseterusnya meningkatkan lagi kefahaman pesakit.PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:Penghasilan projek ini dapat menjimatkan masa dalam menerangkan prosedur cabutan surgikal gigigeraham bongsu dan meningkatkan kefahaman pesakit. Kesan penggunaan projek ini akan dikaji melaluiborang kajian kepuasan pelanggan yang diedarkan kepada pesakit dan perawat.PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:Masalah yang dihadapi sebelum projek ini dihasilkan diperoleh melalui temubual bersama perawat danpesakit. Data ini direkodkan di dalam Word document.ANALISIS DAN INTERPRETASI:Masa yang digunakan semasa merawat pesakit luar meningkat, apabila perawat perlu menerangkanprosedur rawatan cabutan surgikal gigi geraham bongsu kepada pesakit. Maklum balas yang diterimadaripada pesakit adalah masa yang panjang untuk penerangan dan kurang kefahaman berkaitan prosedur.Hal ini demikian kerana ketiadaan gambar rajah secara visual menyukarkan pesakit untuk memahamiprosedur tersebut.STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:Flipchart ini akan digunakan di setiap klinik Pergigian daerah Perak Tengah. Flipchart ini akandigunakan oleh pegawai pergigian semasa rawatan pesakit luar khususnya semasa penerangan bagipesakit yang memerlukan pembedahan surgikal gigi geraham bongsu sebelum tarikh temujanji diberikan.Proses penggunaan flipchart ini melibatkan penerangan visual beserta penjelasan ringkas secara lisan.KESAN PENAMBAHBAIKAN:Pengumpulan data berkaitan masa penerangan dan kepuasan pelanggan akan diukur dari September 2024hingga Disember 2024. Projek ini diharapkan dapat menjimatkan masa penerangan rawatan danmemudahkan pesakit memahami prosedur rawatan serta melancarkan perjalanan rawatan pesakit luar.LANGKAH SETERUSNYA:Projek ini dalam perancangan untuk diedarkan dan digunakan oleh klinik pergigian kerajaan di seluruhPerak.216 | Page