Page 213 - Demo
P. 213


                                    Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024QLL-120S.K. BagZuria D, Goh BT, Che Suraya J, Duratulhanani ZUnit Kejururawatan, Hospital Tuanku Fauziah, PerlisPENGENALAN:Dokumen %u201cGaris Panduan Pengendalian dan Pengurusan Keselamatan Rekod Perubatan Pesakit di FasilitiKementerian Kesihatan Malaysia%u201d merangkumi tatacara pengendalian Rekod Perubatan Pesakit (RPP)fizikal yang perlu dipatuhi oleh semua pengamal kesihatan, termasuk keselamatan rekod pesakit semasamemindah atau menghantar RPP dari satu lokasi ke lokasi yang lain. S.K Bag adalah inovasi dalamkategori produk yang bertujuan untuk menambah baik proses kerja ketika penghantaran RPP bersamapesakit ke destinasi yang hendak dituju, terutamanya dari segi keselamatan dokumen.METODOLOGI:Inovasi ini tercetus daripada kesedaran bahawa tiada tempat penyimpanan yang sesuai untuk RPP semasaia dihantar bersama dengan pesakit, sama ada ke klinik atau dewan bedah. RPP terpaksa diletakkan di atasriba atau sebelah peha pesakit dalam kerusi roda, yang menyekat tempat duduk pesakit dan jugamenjejaskan keselamatan serta kerahsiaan RPP. S.K Bag direka dengan menggunakan bahan yang mudahdidapati dan murah. Cara penggunaannya amat mudah dan fleksibel, di mana ia hanya perlu digantung dibahagian belakang kerusi roda atau di sisi pagar stretcher pesakit mengikut keperluan situasi pesakit.HASIL KAJIAN:Penggunaan S.K Bag dapat meningkatkan tahap keselesaan pesakit serta menambah keyakinan merekakerana kerahsiaan dan keselamatan RPP terpelihara. Penggunaan produk ini telah dapat melancarkan danmemudahkan proses kerja kerana S.K Bag amat fleksibel. Di samping itu, ia juga dapat mengurangkankos pembelian beg kitar semula yang kurang berkualiti dan mudah rosak. Hasil daripada soal selidik yangdijalankan dalam kalangan staf yang telah menggunakan S.K Bag ini menunjukkan bahawa kaedahpenggunaan S.K Bag adalah lebih praktikal dan selamat.PERBINCANGAN:S.K Bag telah berjaya menyumbang kepada peningkatan perkhidmatan dan keselamatan dokumen, malahia berpotensi untuk diperluas penggunaannya ke semua fasiliti kesihatan pada masa hadapan. Kosanggaran bagi S.K Bag adalah sebanyak RM40.00. Produk baru yang terhasil dari projek inovasi ini dapatmeningkatkan tahap keselesaan pesakit serta menjamin kerahsiaan dan keselamatan RPP.212 | Page
                                
   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217