Page 212 - Demo
P. 212


                                    Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024QLL-119Meningkatkan Peratus Penggunaan Perancang Keluarga Kod 1 di Kalangan WanitaBerisiko Umur Reproduktif di Pejabat Kesihatan Daerah BesutChe Juleynawani J, Norhasma D, Anita J, Maslina A, Nik Anieza NMPejabat Kesihatan Daerah Besut, TerengganuPEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:Kepentingan penggunaan perancang keluarga Kod 1 adalah bertujuan untuk menangguhkan kehamilansehingga tahap kesihatan yang optima. Kod 1 bermaksud kaedah perancang keluarga yang berkesan iaitukaedah sterilisasi (vasektomi, ligasi tiub), kaedah kontraseptif hormonal (oral, suntikan, implan) dankaedah alat dalam rahim. Kesan tidak mengamalkan kod 1 mengakibatkan sebanyak 52.9% kes kematianibu pada tahun 2012-2014 disebabkan masalah kesihatan.PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:Kajian ini mengukur peratus penggunaan perancang keluarga Kod 1 bagi wanita berdaftar Pre-PregnancyCare (PPC) mengikut sasaran KPI yang ditetapkan oleh Pejabat Kesihatan Derah Besut iaitu %u226580%.PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:Satu kajian verifikasi telah dilaksanakan menggunakan data retrospektif. Data penggunaan perancangkeluarga Kod 1 bagi wanita berisiko yang berdaftar PPC telah diambil dari bulan Julai hingga Disember2022. Kajian melalui borang kaji selidik telah dijalankan keatas 50 orang anggota dan 100 orangresponden dari klien yang berdaftar PPC.ANALISIS DAN INTERPRETASI:Beberapa faktor telah dikenal pasti menyumbang kepada pemasalahan tersebut iaitu kurang persetujuanklien untuk mengambil Kod 1 (60.5%), cicir temujanji (50%), kurang kemahiran dalam kalangan anggota(50.5%) dan program PPC yang tidak sistematik (87.5%).STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:Strategi penambahbaikan dilaksanakan dengan mewujudkan klinik PPC yang lebih bersistematik, cartaalir yang selaras serta mencipta satu kaedah untuk pendidikan kesihatan yang berkesan iaitu ComboPPC.KESAN PENAMBAHBAIKAN:Penilaian semula dibuat dalam kitaran 2 mendapati peningkatan peratusan penggunaan perancangkeluarga Kod 1 daripada 38.31% kepada 61.7% .LANGKAH SETERUSNYA:Penggunaan Combo PPC secara meluas agar wanita yang berisiko akan mendapat info melaluipenggunaan kod QR pendidikan kesihatan yang dibekalkan dan ia digunakan di semua fasiliti kesihatandi seluruh negeri Terengganu.211 | Page
                                
   206   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216