Page 167 - Demo
P. 167


                                    Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024QLL-69Meningkatkan Peratusan Kaunseling Susulan bagi Pesakit Diabetes Melitus denganInsulin di Klinik Kesihatan Daerah JeliNik Nur Azreen NM1, Nur Atiqah R2, Ismail MZ1, Siti Nor Asiah AG3, Mohamad Yarid MY4,Amirulazman AH31 Klinik Kesihatan Kuala Balah, Kelantan2 Klinik Kesihatan Gemang, Kelantan3Pejabat Kesihatan Daerah Jeli, Kelantan4 Klinik Kesihatan Sokor, KelantanPEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:Pelaporan Farmasi PKD Jeli menunjukkan kaunseling susulan insulin menurun daripada 66.54% (2020)kepada 53.20% (2021). Kaunseling susulan penting bagi meningkatkan kefahaman dan kepatuhan pesakitterhadap rawatan. Projek ini dijalankan untuk meningkatkan peratus kaunseling susulan yang seterusnyamemberi impak positif kepada pesakit.PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:Penetapan standard kaunseling susulan bagi pesakit diabetes yang menerima terapi insulinsekurang-kurangnya satu kali adalah sebanyak 70% seperti diputuskan dalam mesyuarat JKUT PKD Jeli(2022).PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:Kajian awal secara keratan rentang dijalankan pada 01/03/2022 - 30/04/2022 Kajian Pra-pemulihandijalankan pada 01/05/2022 - 31/05/2022, Kajian Pemulihan 1/06/2022 %u2013 30/06/2022, Pasca-pemulihan1/07/2022 %u2013 31/07/2022 (220 sampel), fasa kedua 1/8/2022 - 31/12/2023 (3150 sampel) dan fasa ketigapada 1/1/2024 - 1/5/2024. Persampelan mudah fasa pertama dan kedua melibatkan KK Jeli, KK AyerLanas dan KK Kuala Balah manakala fasa ketiga melibatkan semua klinik kesihatan daerah Jeli.Pengumpulan data menggunakan borang soal selidik, pangkalan data PhIS dan LIS ChemoLims. Datadianalisa dengan menggunakan Microsoft Excel. Fasa ketiga masih dalam proses pengumpulan data.ANALISIS DAN INTERPRETASI:Hasil kajian pra-pemulihan menunjukkan 25.2% kaunseling susulan dilaksanakan. Antara faktorpenyumbang adalah pendekatan kaunseling yang kurang efektif (93.3%), kesukaran menjalankan sesikaunseling susulan (86.7%) dan kekurangan dokumentasi (53.3%).STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:Fasa pertama merangkupi penggunaan cop kaunseling susulan, kepatuhan dokumentasi PhIS sertamenggalakkan pesakit mengambil ubat susulan sendiri. Fasa kedua diperkembang menerusi HomeMedication Review (HMR) dan Linktree Pengurusan Pesakit Diabetes Melitus. Fasa ketiga melibatkankolaborasi dengan pasukan inter-disiplin Perkhidmatan Perawatan Domisiliari (PPD)/Perawatan DiRumah (PDR) dan DUTA Kenali Ubat Anda.KESAN PENAMBAHBAIKAN:Hasil kajian menunjukkan peningkatan kaunseling susulan daripada 25.20% kepada 34.54% danseterusnya kepada 40.09%. ABNA menurun daripada 35.46% kepada 29.91%. HbA1c menunjukkanpenurunan sebanyak 57.18% dari fasa 1 ke fasa 2.166 | Page
                                
   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171