Page 166 - Demo
P. 166
Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024QLL-68Mengurangkan Ubat Lambat Bergerak (ULB) dan Ubat Hampir Luput (UHL) di UnitFarmasi Klinik Pakar, Jabatan Farmasi Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC)Nur Eillena MD, Nurrafizah A, Kayatheri S, Muhammad Rafee Z, Nor Azilah ZAJabatan Farmasi, Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala LumpurPEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) adalah pusat rujukan pesakit yang memerlukan rawatan rehabilitasi.Bekalan ubat pesakit bagi penyakit kronik dibekalkan oleh fasiliti yang merujuk. Walau bagaimanapun,ubat-ubatan akan dibekalkan oleh HRC jika bekalan dari fasiliti rujukan tidak mencukupi. Penggunaanubat-ubatan ini sukar dijangka dan menjadi Ubat Lambat Bergerak (ULB) dan Ubat Hampir Luput (UHL)jika tidak digunakan. Pembaziran boleh berlaku sekaligus meningkatkan beban kerja anggota.PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:Peratus bilangan ULB dan UHL berbanding bilangan ubat dalam Formulari Ubat HRC (FUHRC).Sasaran adalah %u22645% ULB dan UHL.PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:Kajian dimulakan dari Januari 2018 hingga Januari 2023 dengan menggunakan senarai data ULB danUHL yang dijana dari sistem inventori dan kad petak.ANALISIS DAN INTERPRETASI:Terdapat 55 jenis (16%) ULB dan UHL daripada 337 ubat-ubatan dalam FUHRC pada Januari 2018melibatkan kos RM7,852.00. Hasil analisa mendapati pembelian melebihi keperluan mengikut kuantitiatau harga minima yang ditetapkan syarikat (47.27%) dan perubahan corak rawatan (38.18%) menjadipunca utama peningkatan ULB dan UHL.STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:Tindakan penambahbaikan meliputi tiga kitaran melibatkan dua Pegawai Farmasi dan dua PenolongPegawai Farmasi. Kitaran pertama (F1) melibatkan (1a) pengemaskinian sistem pemakluman kepadaanggota, (1b) semakan berterusan kedudukan stok serta (1c) memohon stok dari fasiliti lain. Kitarankedua (F2) melibatkan (2a) persetujuan pembelian bersama secara pukal antara fasiliti dan (2b)menambahbaik pangkalan data pemantauan UHL bagi tujuan penawaran. Seterusnya, kitaran ketiga (F3)adalah dengan (3a) mengadakan mesyuarat berkala bagi membincangkan UHL dan ULB dan (3b)memusatkan stok ULB dan UHL di satu unit sahaja.KESAN PENAMBAHBAIKAN:Bilangan ULB dan UHL dikurangkan kepada 13% (F1), 10.4% (F2) dan 6% (F3) berbanding datapreliminary (16%). Achievable Benefit Not Achieved (ABNA) telah berjaya dikurangkan daripada 11%(verifikasi) kepada 1% (kitaran ke 3). Nilai pembaziran ubat dapat dikurangkan kepada RM1,114.17 danbilangan item yang berjaya ditawarkan meningkat dari 59% dan 100% pada kitaran ketiga.LANGKAH SETERUSNYA:Kajian ini akan diperluas ke unit farmasi yang lain.165 | Page