Page 171 - Demo
P. 171


                                    Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024QLL-72Meningkatkan Kualiti Imej X-Ray Dada Mudah Gerak bagi Pesakit Neonatal diHospital KemamanAzharuddin Y, Muhammad Faiz R, Nurul Azwati D.Jabatan Radiologi, Hospital Kemaman, TerengganuPEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:Pemeriksaan x-ray neonatal perlu dilakukan untuk memastikan rawatan yang tepat dan berkualiti dapatdiberikan. Filem x-ray yang tidak memenuhi piawaian akan menyebabkan bayi mendapat rawatan yangtidak tepat dan terpaksa didedahkan sekali lagi kepada sinaran radiasi. Kajian bertujuan untukmengenalpasti faktor penyumbang dan melaksanakan langkah penambahbaikan yang bersesuaian untukmeningkatkan kualiti filem x-ray.PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:Indikator yang digunakan adalah peratusan imej x-ray dada neonatal yang mencapai piawaian denganstandard %u226580% berdasarkan Manual Pelaksanaan Program Jaminan Kualiti (QAP) Dalam PerkhidmatanRadiologi.PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:Kajian penambahbaikan kualiti dilakukan dengan menilai imej x-ray neonatal dalam data digital JabatanRadiologi, berdasarkan %u201caudit form D%u201d (lampiran 7D), Manual Pelaksanaan Program Jaminan Kualiti(QAP) Dalam Perkhidmatan Radiologi. Kaedah borang soal selidik juga digunakan untuk menilaipengetahuan dan sikap juru x-ray dalam menjalankan pemeriksaan.ANALISIS DAN INTERPRETASI:Kajian verifikasi pertama mendapati hanya 69% imej yang mencapai piawaian kualiti yang ditetapkan.Kajian verifikasi kedua dengan memasukkan kriteria %u201ckewujudan artefact%u201d pada imej menunjukkan hanya55% imej yang menepati piawaian kualiti dengan faktor penyumbang utama adalah kedudukan pesakityang kurang bersesuaian (tilting 83%, rotation 80%, collimation 42%), dos radiasi yang tidak sesuai(exposure 57%), kewujudan artefact (55%) dan pengetahuan juru x-ray (65%).STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:Strategi yang dilaksanakan adalah mencipta alat cegah gerak bagi mengurangkan pergerakan pesakitselain menjalankan sesi latihan, program mentor-mentee, mewujudkan polisi dan senarai semak untukproses kerja pemeriksaan x-ray dan melakukan sesi audit kaset berkala untuk mengelakkan artefact.KESAN PENAMBAHBAIKAN:Penilaian semula menunjukkan peningkatan imej yang berkualiti (88%) dengan penambahbaikankedudukan pesakit (tilting 43%, rotation 38%, collimation 23%), dos radiasi (exposure 38%), kewujudanartefact (35%) dan pengetahuan juru x-ray (85%).LANGKAH SETERUSNYA:Kajian ini akan diteruskan di hospital lain di Negeri Terengganu bagi memastikan kualiti imej x-rayneonatal yang berkualiti.170 | Page
                                
   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175