Page 71 - Q BULLETIN, Ministry of Health Malaysia, VOLUME 1, NO. 31 (SUPPLEMENT 1), JAN-DEC 2022
P. 71
Q Bulletin, Volume 1, No. 31 (Supplement 1), Jan - Dec 2022
th
11 National QA Convention, 4 – 6 October 2022
PP-33
Meningkatkan Prestasi Penyeliaan Klinikal dalam kalangan Pengajar Kejururawatan
Latihan Pra Perkhidmatan di ILKKM Kubang Kerian
Norfaezah CU, Teo LH, Suriati MD, Nor Suraizai I, Sharifah Huzaimah SA
Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kubang Kerian, Kelantan
PEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:
Pemantauan klinikal yang efektif adalah penting untuk membantu pelatih menguasai pengetahuan dan
kemahiran dalam merancang perawatan pesakit. Namun yang demikian, tiada penilaian prestasi penyeliaan
dilaksanakan dan kurangnya latihan penyeliaan klinikal dalam kalangan pengajar di ILKKM Kubang Kerian,
Kelantan.
PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi penyeliaan klinikal dalam kalangan Pengajar Kejururawatan
Latihan Pra Perkhidmatan. Indikator kajian adalah bilangan pengajar yang mempunyai prestasi penyeliaan
klinikal yang tinggi. Standard penyeliaan klinikal yang tinggi adalah >93.3%, tanda aras melalui kajian lepas.
PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:
Kajian keratan lintang dijalankan dari Disember 2020 hingga November 2021 bagi menentukan bilangan
pengajar dengan prestasi penyeliaan klinikal yang tinggi, mengenal pasti punca-punca masalah dan menilai
keberkesanan intervensi. Kaedah pengumpulan data adalah melalui borang Maastricht Clinical Teaching
Questionnaire (MCTQ) dan borang soal selidik kepada tenaga pengajar terlibat.
ANALISIS DAN INTERPRETASI:
Hasil kajian verifikasi (n=22) menunjukkan seramai 19 (86.36%) pengajar jururawat mempunyai prestasi
penyeliaan klinikal yang rendah. Faktor penyumbang kejadian adalah tiada penilaian, 21 (96%) dan tiada
Standard Operational Procedure (SOP) pemantauan klinikal, 18 (83%).
STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:
Langkah-langkah penambahbaikan yang dijalankan ialah mewujudkan SOP pemantauan klinikal sebagai
rujukan pengajar dalam penyeliaan klinikal. Penilaian kemahiran penyeliaan klinikal pengajar dilaksanakan
setiap 6 bulan melalui borang penilaian Maastricht Clinical Teaching Questionnaire (MCTQ). Kursus
pemantapan penyeliaan klinikal setiap 2 tahun sekali bagi memperkasakan kemahiran penyeliaan klinikal
pengajar. Taklimat penyeliaan klinikal diberikan setiap 6 bulan sebelum pengajar menyelia pelatih di Pusat
Latihan Amali. Bimbingan penyeliaan klinikal diberikan oleh Ketua Program dan Timbalan Pengarah
Akademik kepada pengajar dengan prestasi penyeliaan klinikal di bawah 93.3%.
KESAN PENAMBAHBAIKAN:
Terdapat peningkatan dalam bilangan pengajar yang mempunyai prestasi penyeliaan klinikal yang tinggi dari
3 (13.64%) pada sesi Jan-Jun 2021 kepada 14 (63.64%) dalam sesi Julai – Disember 2021.
LANGKAH SETERUSNYA:
Tindakan penambahbaikan perlu diperkukuhkan lagi dengan mengadakan bengkel simulasi penyeliaan
klinikal setiap tahun. Kemahiran penyeliaan pengajar dalam bedside teaching, demonstrasi prosedur serta
pembentangan kes klinikal diperkasakan, bagi membolehkan pengajar menguasai kemahiran dan mencapai
prestasi penyeliaan klinikal yang tinggi.
67