Page 67 - Q BULLETIN, Ministry of Health Malaysia, VOLUME 1, NO. 31 (SUPPLEMENT 1), JAN-DEC 2022
P. 67

Q Bulletin, Volume 1, No. 31 (Supplement 1), Jan - Dec 2022
                                                                                 11  National QA Convention, 4 – 6 October 2022
                                                                                   th
               PP-29

               Menurunkan Kejadian Anemia Ibu Hamil pada Kandungan 36 Minggu di Daerah Muar


               Hanisah A , Koo SJ , Ng S , Rohana A , Suzee S , Nor Fadilah MS , Amalina MZA , Norhidayah S , Noorhaida U 5
                                                                                     4
                        1
                                                2
                                                        1
                                1
                                      2
                                                                       3
                                                                                                  3
               1  Klinik Kesihatan Bakri, Johor
               2  Klinik Kesihatan Muar, Johor
               3  Klinik Kesihatan Maharani, Johor
               4  Klinik Kesihatan Pagoh, Johor
               5  Pejabat Kesihatan Daerah Muar, Johor
               PEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:
               Anemia dalam kalangan ibu hamil 36 minggu di daerah Muar meningkat daripada 5.2% pada tahun 2016
               kepada 7.7% pada tahun 2018. Kejadian anemia boleh meningkatkan morbiditi dan mortaliti ibu hamil. Kajian
               ini bertujuan untuk membuktikan pengesanan awal dan pengurusan anemia yang sistematik adalah penting.
               PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:
               Indikator kajian ini ialah peratus kejadian anemia di kalangan ibu hamil pada usia kandungan 36 minggu.
               Sasaran kajian adalah kurang daripada 7.0% berdasarkan Standard Kementerian Kesihatan Malaysia 2020.

               PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:
               Satu kajian hirisan lintang dijalankan di semua klinik kesihatan daerah Muar dari Januari 2018 hingga Disember
               2021. Maklumat dikumpul menggunakan Borang Penyiasatan Ibu Antenatal Anemia. Verifikasi data dijalankan
               dari Januari hingga Disember 2018, penyiasatan punca anemia dijalankan dari Januari hingga Disember 2019
               dan langkah penambahbaikan dilakukan dari Januari 2020 hingga Disember 2021.

               ANALISIS DAN INTERPRETASI:
               Kejadian ibu hamil anemia pada usia kandungan 36 minggu adalah 7.7% pada tahun 2018. Faktor penyumbang
               adalah 42.7% kes tidak dilaporkan dalam reten, hanya 41% anggota kesihatan mempunyai tahap pengetahuan
               yang baik, pengendalian kes anemia tidak mengikut standard Model of Good Care dan ibu antenatal anemia
               kurang pengetahuan pemakanan berkaitan anemia.


               STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:
               Intervensi meliputi pengurusan rekod dan linelisting anemia, pendidikan cegah anemia untuk anggota kesihatan
               dan ibu hamil, kemaskini proses kerja pengurusan anemia dengan mewujudkan cap anemia, Jadual Intervensi
               Farmakologi dan Jadual Intervensi Quality Assurance (QA) Anemia.

               KESAN PENAMBAHBAIKAN:
               Kejadian ibu hamil anemia pada usia kandungan 36 minggu menurun daripada 7.7% pada tahun 2018 kepada
               6.1%  pada  tahun  2021.Tahap  pengetahuan  anggota  kesihatan  yang  baik  meningkat  daripada  41%  kepada
               98.4%. Tahap pengetahuan ibu hamil tentang anemia juga telah meningkat.


               LANGKAH SETERUSNYA:
               Bagi mengekalkan pencapaian standard yang ditetapkan, kod QR program pendidikan pemakanan ibu hamil
               anemia akan diwujudkan dan Program Pencegahan Anemia Pra-Kehamilan telah dirancang oleh PKD Muar.














                                                                                                              63
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72