Page 69 - Q BULLETIN, Ministry of Health Malaysia, VOLUME 1, NO. 31 (SUPPLEMENT 1), JAN-DEC 2022
P. 69

Q Bulletin, Volume 1, No. 31 (Supplement 1), Jan - Dec 2022
                                                                                   th
                                                                                 11  National QA Convention, 4 – 6 October 2022
               PP-31

               Meningkatkan Kefahaman Pesakit Diabetes terhadap Cara Penggunaan Insulin di Klinik-
               klinik Kesihatan Daerah Kuala Nerus


               Shakirah Y , Nur Rashidah MN , Nurul Ain Sakinah H , Nur Amirah A , Mohd Firdaus MA , Ahmad
                                                               2
                                                                              3
                                                                                                3
                         1
                                           1
               Izzuddin MR 3
               1  Klinik Kesihatan Bukit Tunggal, Terengganu
               2  Klinik Kesihatan Batu Rakit, Terengganu
               3  Klinik Kesihatan Seberang Takir, Terengganu
               PEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:
               Berdasarkan rekod Diabetes Mellitus PKD Kuala Nerus, jumlah kes diabetes aktif meningkat dari 3,814 (tahun
               2019) kepada 4,073 (tahun 2020) manakala pesakit yang menggunakan rawatan insulin juga meningkat dari
               2,305 (tahun 2019) kepada 2,649 (tahun 2020). Pelbagai komplikasi bakal dihidapi oleh pesakit jika diabetes
               tidak  dikawal.  Pada  tahun  2019,  11%  pesakit  mempunyai  masalah  buah  pinggang  (tahap  3  dan  4),  44%
               pesakit didiagnos retinopati dan 1.8% pesakit mengalami Diabetic Foot Ulcer. Objektif kajian ialah untuk
               meningkatkan kefahaman pesakit terhadap cara penggunaan insulin.


               PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:
               Indikator dikira dengan membandingkan peratus bilangan pesakit mempunyai kefahaman baik terhadap cara
               penggunaan insulin dengan standard yang ditetapkan iaitu ≥ 90% berdasarkan persetujuan Unit Farmasi dan
               Penyakit Tidak Berjangkit (NCD).

               PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:
               Kajian  untuk  mengenalpasti  faktor  penyebab  dijalankan  selama  1  bulan  melalui  borang  soal  selidik  serta
               temubual kepada 100 pesakit dan 20 anggota farmasi di tiga klinik kesihatan daerah Kuala Nerus. Kajian
               pra dan pasca penambahbaikan dijalankan selama 1 bulan pada setiap fasa. Langkah penambahbaikan telah
               dilaksanakan selama 8 bulan.

               ANALISIS DAN INTERPRETASI:
               Hasil dapatan kajian verifikasi menunjukkan hanya 41% pesakit faham mengenai cara penggunaan insulin.
               Faktor-faktor yang menyumbang termasuklah salah tanggapan terhadap insulin (71%), pesakit kurang yakin
               (38%), bahan pendidikan kurang menarik (60%) dan tidak menerima kaunseling susulan (66%).

               STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:
               Alat bantu kaunseling seperti video insulin dialek Terengganu, ‘flip chart’, poster dan risalah diwujudkan.
               Insuright diberikan kepada pesakit untuk menilai kefahaman asas insulin. Maklumat lanjut dimuat naik di
               platform  media  sosial  iaitu  Ez-kaunseling.  Pelaksanaan  ‘tagging’  dalam  sistem  PHIS  dan  penggunaan
               ‘planner’ dilaksanakan untuk meningkatkan kaunseling susulan. Pesakit dengan masalah logistik diberikan
               kaunseling melalui telefon.

               KESAN PENAMBAHBAIKAN:
               Peratus pesakit faham terhadap penggunaan insulin meningkat dari 41% kepada 88%. ABNA berjaya dikurangkan
               dari 49% kepada 2%. Pemantauan HbA1c menunjukkan 52 daripada 83 pesakit mengalami penurunan. Masa
               kaunseling efektif dapat dikurangkan daripada 34 minit kepada 20 minit.


               LANGKAH SETERUSNYA:
               Hasil penambahbaikan projek ini boleh dikembangkan di klinik kesihatan dan hospital lain.







                                                                                                              65
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74