Page 73 - Q BULLETIN, Ministry of Health Malaysia, VOLUME 1, NO. 31 (SUPPLEMENT 1), JAN-DEC 2022
P. 73
Q Bulletin, Volume 1, No. 31 (Supplement 1), Jan - Dec 2022
th
11 National QA Convention, 4 – 6 October 2022
PP-35
Pengurusan Berat Badan di kalangan Penjawat Awam Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)
Sik Secara Maya
Faidzal A, Khairul AA, Nora SMS, Siti NS, Muhamad HH
Pejabat Kesihatan Daerah Sik, Kedah
PEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:
Obesiti merupakan faktor utama penyakit tidak berjangkit. Pengawalan berat badan efektif dapat menurunkan
kadar morbiditi dan mortaliti. Pada tahun 2019 dan 2020, didapati 60.2% dan 59.1% kakitangan mempunyai
Indeks Jisim Tubuh (IJT)≥25.0 kg/m2. Fokus kajian adalah mempromosikan cara hidup sihat, mewujudkan
tempat kerja yang menyokong aktiviti-aktiviti kawalan obesiti secara maya.
PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:
Indikator adalah peratus peserta yang berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh 3 bulan. Standard adalah
30% peserta menurunkan berat badan 5% dari berat badan asal berdasarkan Public Health England 2017.
PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:
Kajian hirisan lintang melibatkan peserta dengan IJT ≥25 kg/m² dijalankan dalam dua kitaran pada Julai-
September 2021 dan Mac-Jun 2022. Kumpulan Whatsapp ditubuhkan, pautan Google Sheet dimuatnaik
untuk pengumpulan data antropometri dan aktiviti fizikal secara bulanan. Faktor penyebab dikenalpasti
menggunakan borang Pengetahuan, Sikap Dan Amalan Pemakanan, borang Ingatan Diet 24 jam, borang Tahap
Aktiviti Fizikal dan saringan Depression Anxiety Stress Scales (DASS). Aplikasi Mynutridiari dan Bookdoc
digunakan untuk pengiraan kalori dan langkah.
ANALISIS DAN INTERPRETASI:
60 responden dipilih. Pra-intervensi menunjukkan 42% kakitangan berlebihan berat badan dan 58% adalah
obes. Didapati 65% responden mempunyai tahap pengetahuan pemakanan baik, 61.6% pengambilan kalori
harian >2001Kcal, 71.6% kurang aktiviti fizikal dan 65% bersetuju tekanan mempengaruhi pengambilan
pemakanan harian.
STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:
Intervensi dilaksanakan secara maya melalui pemberian taklimat pemakanan, promosi kesihatan, kaunseling,
penubuhan Whatsapp kumpulan sokongan serta penggunaan Mynutridiari dan Bookdoc di kedua-dua kitaran
dengan penambahan aktiviti fizikal bersemuka dan cabaran berkumpulan di kitaran kedua.
KESAN PENAMBAHBAIKAN:
Peratus peserta yang berjaya menurunkan berat badan dalam kitaran pertama dan kedua adalah 36.6% dan
28.3%. Keputusan kitaran satu dan kedua seperti berikut; tahap pengetahuan pemakanan baik 98.3% dan
96.7%; pengambilan kalori harian >2001 Kcal 36.7% dan 26.7%; manakala 87% dan 80% peserta aktif secara
fizikal.
LANGKAH SETERUSNYA:
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah menjalankan konsep yang sama pada 2022 bagi program pengurusan berat
badan peringkat negeri melibatkan 11 Pejabat Kesihatan Daerah. Program telah diperluaskan membabitkan
warga pendidik Pejabat Pendidikan Daerah.
69