Page 62 - Q BULLETIN, Ministry of Health Malaysia, VOLUME 1, NO. 31 (SUPPLEMENT 1), JAN-DEC 2022
P. 62

Q Bulletin, Volume 1, No. 31 (Supplement 1), Jan - Dec 2022
           th
          11  National QA Convention, 4 – 6 October 2022
          PP-24

          Pengurangan Masa Pendiagnosan Makmal bagi kes Malaria di ILKKM Kuala Lumpur


          Ruhani Y, Ahmad Azri M, Nor Azura M, Azubi Ayuri H, Farid Rhiduan I, Edmund Ubil Z, Nur Amalina O,

          Aisyah Hanani MA
          Teknologi Makmal Perubatan, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Kuala Lumpur

          PEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:
          Berdasarkan  pemerhatian  menggunakan  senarai  semak  berstruktur,  ditemui  100%  pelatih  semester  akhir
          program Diploma Teknologi Makmal Perubatan mendiagnos kes Malaria melebihi masa piawai iaitu melebihi
          tempoh 60 minit yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Masalah ini dipilih kerana
          telah memberi kesan terhadap tempoh masa amali dan menyebabkan kelewatan mendiagnos sampel pesakit
          apabila mereka berkhidmat kelak.

          PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:
          Indikator bagi mengukur kesan penambahbaikan adalah peratus pelatih yang dapat melakukan pendiagnosan
          Malaria dalam tempoh 60 minit seperti ditetapkan oleh KKM.

          PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:
          Kajian keratan rentas menggunakan instrumen pemerhatian berstruktur dan soal selidik dengan saiz sampel 44
          orang pelatih semester akhir sesi Januari-Jun 2021 dilakukan dari Januari hingga Mei 2021.  Setelah mengetahui
          purata masa setiap langkah, keseluruhan proses pendiagnosan dan peratus pelatih yang mengambil masa lebih
          dari 60 minit untuk mendiagnos kes Malaria, satu soal selidik berkaitan kemungkinan-kemungkinan penyebab
          kelewatan dijalankan bagi mengetahui punca kelewatan.

          ANALISIS DAN INTERPRETASI:
          Sebelum penambahbaikan dilakukan, 100% pelatih mengambil masa yang lama untuk pendiagnosan malaria
          dengan nilai purata 90 minit, berpunca daripada penyediaan larutan tampan phosphate yang mengambil masa
          paling lama iaitu 28.4 minit bersamaan 31.6% daripada masa keseluruhan proses pendiagnosan malaria.


          STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:
          Strategi penambahbaikan dilakukan dengan menggunakan air paip sebagai pencair larutan Giemsa
          menggantikan larutan tampan phosphate. Dengan cara ini dapat memendekkan proses pendiagnosan tanpa
          melalui proses penyediaan larutan tampan phosphate.

          KESAN PENAMBAHBAIKAN:
          Kesan  daripada  tindakan  penambahbaikan,  100%  pelatih  dapat  melakukan  pendiagnosan  malaria  dalam
          tempoh masa piawai dengan purata 56.5 minit iaitu kurang 3.5 minit dari masa piawai (60 minit). Dengan
          penggunaan air paip sebagai pencair larutan Giemsa, Laboratory Turn Around Time pendiagnosan makmal
          malaria dapat dicapai dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pembelian reagen.


          LANGKAH SETERUSNYA:
          Hasil  kajian  akan  dibuat  pengesahan  dengan  kerjasama  semua  makmal  dibawah  Kementerian  Kesihatan
          Malaysia.













          58
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67