Page 42 - Demo
P. 42
Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024OP-16Meningkatkan Saringan Mammogram di Kalangan Wanita Berisiko di Daerah DungunNurul Syafiqa MS1, Noliza H1, Marsitah M1, Mazu Rosmaiza R2, Nazila AG3, Rosliza R4, Norhasidah N51Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, Dungun, Terengganu2Klinik Kesihatan Paka, Dungun, Terengganu3Klinik Kesihatan Kuala Dungun, Dungun, Terengganu4Klinik Kesihatan Tok Kah, Dungun, Terengganu5Klinik Kesihatan Kuala Abang, Dungun, TerengganuPEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:Kanser payudara merupakan penyebab kematian pramatang keempat tertinggi di Malaysia (5.4% padatahun 2016). Peratusan saringan mammogram Daerah Dungun adalah kurang iaitu 41.1% (2019) dan43.5% (2020). Projek ini bertujuan untuk meningkatkan saringan mammogram di kalangan wanitaberisiko bagi meningkatkan pengesanan awal kanser payudara.PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:Indikator yang digunakan adalah peratus wanita berisiko menjalani mammogram daripada jumlah wanitaberisiko yang didaftarkan di klinik kesihatan di Dungun, dengan penetapan standard >70% berdasarkanpencapaian tahunan sebelumnya di daerah Dungun tersebut.PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:Projek ini melibatkan kajian retrospektif data saringan dan kaji selidik pengetahuan, sikap dan amalan(KAP) pra-pasca intervensi melibatkan 200 orang anggota kesihatan dan 150 wanita berusia 40 tahun keatas. Audit ke atas sistem dan bahan pendidikan kesihatan sedia ada turut dijalankan menggunakansenarai semak.ANALISIS DAN INTERPRETASI:Soal selidik retrospektif KAP menunjukkan bahawa anggota kesihatan dan orang awam memiliki tahappengetahuan (49% dan 44%), sikap (37.5% dan 48%) serta amalan (50% dan 45%) yang tidakmemuaskan. Audit yang dijalankan juga mendapati tiada bahan pendidikan tersedia untuk orang awamuntuk memudahkan anggota kesihatan menyampaikan pendidikan kesihatan.STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:Strategi yang dilaksanakan termasuk menambah baik proses kerja, mencipta aplikasi sebagai bahanpendidikan, memperbaiki senarai semak penyeliaan serta berkolaborasi bersama Lembaga Penduduk danPembangunan Keluarga Negara (LPKKN) untuk menjalankan mammogram. Penyebaran maklumatkepada orang awam diperluas melalui aplikasi Tiktok, Instagram dan Facebook di samping mewujudkanQR kod untuk meningkatkan pengetahuan dan memudahkan pendaftaran.KESAN PENAMBAHBAIKAN:Saringan mammogram meningkat daripada 43.5% (2020) kepada 46.7% (2021), 52% (2022) dan 97.1%(2023). Kes kanser payudara yang dikesan awal juga telah meningkat dari 0 kes (2020) kepada 2 kes(2021), 6 kes (2022) dan 10 kes (2023). Kajian KAP anggota kesihatan dan orang awam jugamenunjukkan peningkatan yang signifikan, dengan pencapaian melebihi 90%.LANGKAH SETERUSNYA:Perkongsian %u2018Best Practice%u2019 telah dilakukan dengan klinik-klinik kesihatan di Terengganu dan akandiperluas ke negeri-negeri lain. Bagi meningkatkan dan memudahkan perlaksanaan saringanmammogram, kami meneruskan kolaborasi dengan LPPKN dan agensi lain.41 | Page