Page 229 - Demo
P. 229


                                    Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024QLL-140Meningkatkan Peratus Pesakit Pra-Diabetes Menerima IntervensiNon-Farmakologikal dalam Tempoh Enam Bulan Selepas Didaftarkan di PejabatKesihatan Daerah BesutSaiful BM%u00b9, Najmi AA%u00b9, Ummi NS%u00b9, Khairi AR%u00b2, Nuruhidayah N%u00b2, NurSyahida S%u00b3%u00b9 Klinik Kesihatan Kuala Besut, Terengganu%u00b2 Klinik Kesihatan Padang Luas, Terengganu%u00b3 Klinik Kesihatan Sri Medang, TerengganuPEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:Peratus pesakit pra-diabetes yang menerima intervensi non-farmakologikal dalam tempoh enam bulanselepas didaftarkan adalah rendah disebabkan oleh faktor anggota kesihatan, pesakit dan waris sertapengurusan temujanji di Unit Fisioterapi dan Unit Dietetik PKD Besut. Langkah penambaikanbersesuaian perlu diambil bagi mencapai objektif kajian iaitu meningkatkan peratusan pesakitpra-diabetes yang menerima intervensi non-farmakologikal daripada fisioterapi dan pegawai dietetik diPKD Besut.PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:Indikator yang digunakan ialah peratusan kes pra-diabetes yang diberikan intervensi non-farmakologikaldalam masa enam bulan selepas didaftarkan dan standard yang ditetapkan ialah >70% berdasarkan kepadapelan tindakan NCD JKNT 2023.PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:Kajian verifikasi secara retrospektif terhadap data pesakit pra-diabetes yang didaftarkan dan dirujukkepada fisioterapi dan unit dietetik telah dijalankan bagi mengetahui peratusan kes pra-diabetes yangmenerima intervensi non-farmakologikal dalam tempoh enam bulan di PKD Besut. Manakala kajianhirisan lintang secara soal selidik digunakan untuk meneliti faktor penyumbang.ANALISIS DAN INTERPRETASI:Hasil kajian verifikasi mendapati 36.5% pesakit pra-diabetes menerima intervensi non-farmakologikaldalam tempoh enam bulan selepas didaftarkan manakala 63.5% melebihi tempoh enam bulan. Inidisebabkan oleh kurang rujukan daripada perawat, kurang promosi intervensi non-farmakologikal kepadapelanggan serta kekurangan anggota bertugas di unit fisioterapi dan unit dietetik.STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:Konsep yang ditekankan ialah pemantapan pengetahuan anggota, penambahbaikan proses kerja, danpendidikan kesihatan kepada masyarakat awam. Strategi penambahbaikan yang dijalankan adalahmemberi latihan dan kempen kesedaran berkenaan dengan intervensi non-farmakologikal kepada anggotadan pelanggan, menyediakan bahan pendidikan serta mengemas kini carta alir pengurusan pesakitpra-diabetes. Strategi lain adalah melakukan intervensi secara dalam talian dan mengemas kinikan jaduallawatan ke klinik kesihatan.KESAN PENAMBAHBAIKAN:Hasil kajian mendapati peratusan pesakit pra-diabetes yang menerima intervensi non-farmakologikal telahmencapai 81% iaitu melebihi standard yang ditetapkan.LANGKAH SETERUSNYA:Kajian akan terus dijalankan bagi mencapai standard ideal itu 100% pesakit pra-diabetes menerimaintervensi non-farmakologikal dan penurunan kadar HbA1c dalam kalangan pesakit pra-diabetes.228 | Page
                                
   223   224   225   226   227   228   229   230   231